Nama doktor pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri menjadi perbualan hangat selepas kenyataannya memilih status kewarganegaraan British kepada anaknya disalah tafsir oleh netizen. Berikutan daripada itu, Dr Amalina tampil menjelaskan maksud jawapannya itu dan ia dimuat naik menerusi sebuah posting di Instagram.
Artikel berkaitan: ‘Trimester Pertama Sangat Sukar Sehingga Awal Trimester Kedua’ – Dr Amalina Hilang Berat Badan Di Awal Usia Kandungan
Sedang sarat hamil
Menurut Dr Amalina, sudah tentu dia menyukai sekiranya anaknya memilih kewarganegaraan Malaysia, namun ada beberapa kekangan yang menghalangnya untuk bersalin di tanah air.
Sudah tentu saya ingin anak-anak saya menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami saya adalah warga British dan kami bekerja dan menetap di United Kingdom (UK). Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin. Saya kini sedang sarat hamil (trimester trimester) & masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami dan bayi. Ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami sekeluarga dan ini pilihan kami.
Ujar Dr. Amalina lagi, dia akan membesarkan anak-anaknya dengan memahami nilai-nilai murni terkandung baik di Malaysia, UK dan paling utama agama Islam. Walaupun tinggal di UK dan kewarganegaraan British, Dr Amalina berkata anaknya tetap berdarah kacukan Melayu.
Percampuran dua budaya akan memberikan mereka kehidupan yang berwarna-warni. Saya akan membesarkan mereka untuk memahami nilai-nilai Malaysia & Islam, serta mempelajari Bahasa Melayu. Pada akhirnya, tidak kira di mana mereka tinggal atau passport negara mana yang mereka ada, yang penting mereka adalah insan yang mempunyai nilai moral yang baik di mana boleh menyumbang kepada kemanusiaan.
Bukan buat perkara tak berfaedah
Sementara itu, Dr. Amalina turut menjelaskan kepada segelintir individu yang tidak henti melemparkan fitnah kepadanya dengan berkata tujuannya memilih untuk menetap di UK bukan untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah semata-mata.
Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat PhD supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang saya. PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada Imperial College London atas usaha saya sendiri. Specialist training saya dibayar oleh duit cukai rakyat UK setelah bersaing dengan beribu rakyat UK & international graduates untuk mendapat tempat dalam program ini.
Sumber: Dr Amalina