Sebelum ini, pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias memberitahu dia malu untuk berjumpa dengan orang pada waktu ini. Ini kerana, dia takut orang ramai berasa geli dan jijik melihat wajahnya.
Artikel berkaitan: Penyakit Kulit Merebak Ke Muka, Ustaz Kazim Risau Orang Geli & Jijik Tengok
Terbaru, Ustaz Kazim memberitahu dia bakal menjalani rawatan penyakit kulit itu di negara Arab.
Berangkat bulan hadapan
Menerusi laporan Sinar Harian, Ustaz Kazim bakal menjalani rawatan penyakit tersebut di negara Arab pada bulan hadapan. Beliau dipercayai bakal menjalani rawatan selama lima hari.
Kalau dahulu bahagian kaki sahaja kini sudah satu badan hingga naik ke muka. Keluar rumah saya akan pakai lima lapisan bedak asas tebal untuk melindungi muka daripada cahaya matahari dan sebagainya. Kalau jumpa saya waktu siang, nampak elok kerana bedak. Saya masih dalam proses rawatan dan dalam masa terdekat akan ke luar negara di Arab. Setakat ini pergi lima hari namun bergantung kepada rawatan.
Tambah Ustaz Kazim, beliau menerima hampir 800 tawaran daripada pusat rawatan tradisional dan individu yang mahu membantu merawat penyakit itu. Ujar Ustaz Kazim, beliau telah mengamalkan makanan sunah seiring dengan kaedah perubatan moden.
Saya terima tawaran dari India, Turki dan negara Arab. Saya pilih Arab. Ramai pakar perubatan bantu saya setakat ini dan nampak banyak perubahan. Bahagian kaki dan badan sudah cantik serta kering lukanya. Kalau ada yang mengatakan saya menolak perubatan moden itu tidak benar. Saya menerima rawatan jantung dan diabetes di hospital termasuk rawatan ketika ini. Saya cuma katakan jangan ketepikan rawatan sunah. Saya tidak pernah tinggal habbatus sauda, madu lebah dan lain-lain sebagai salah satu usaha rawatan.
Sumber: Sinar Harian