Dituduh mahu bernikah lagi, seorang lelaki di Jawa Barat, Indonesia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas isterinya bertindak agresif dengan memotong kemaluannya pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Potong Zakar ‘Boyfriend’ & Buang Dalam Baldi, Wanita Mengaku Buat ‘Projek’ Dengan Mayat Selama 3 Jam
Artikel Berkaitan: Lelaki Rasa Sengal Peha Waktu Bangun Tidur, Rupanya Kemaluan Hampir Putus
Artikel Berkaitan: Ingatkan Mimpi Potong Daging Rupanya ‘Terkerat’ Buah Zakar Sendiri Masa Tidur
Potong kemaluan suami
Foto: Jakarta Suara
Memetik laporan Suara.com, si isteri yang dikenali sebagai YN berusia 42 tahun dan mangsa, E berusia 46 telah bernikah sejak tujuh tahun lalu. Namun, sekitar tahun lepas, pasangan ini menyewa sebuah rumah di Kampung Pasir Limus dan menurut jiran tetangga, mereka kerap mendengar pasangan ini bertengkar. Difahamkan, punca pertengkaran tersebut adalah disebabkan si isteri cemburu kerana si suami dikatakan curang selain berhasrat untuk berkahwin lagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Cikarang iaitu Kompol Mustakim, insiden ngeri itu berlaku ketika mangsa sedang tidur di rumahnya dan suspek bertindak menarik seluar pendek yang dipakai mangsa. Suspek kemudian memotong kemaluan mangsa menggunakan sebilah pisau. Mangsa yang menjerit kesakitan kemudian melarikan diri dan meminta pertolongan. Susulan daripada itu, mangsa telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Semasa soal siasat, suspek mengaku bertindak sedemikian kerana mengesyaki suaminya mahu berkahwin lain. Bukan itu sahaja, suspek juga mendakwa ada membaca kandungan mesej di telefon bimbit suaminya dan sejak itu dia mengetahui suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.