Sejak akhir-akhir ini, nama penyanyi Yazmin Aziz kerap menjadi bualan ramai di media sosial. Bermula dengan isu penampilan yang agak seksi dan diikuti dengan kisah percintaan bersama pemain import kelab TRW Kelantan FC iaitu Nixon Guylherme Brizolara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bercium & Berpelukan Dengan Teman Lelaki, Yazmin Aziz Undang Kecaman Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bercinta Beza Agama, Yazmin Aziz Hairan Dengan ‘Kepochi’ Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Ini Bukan Pandai Sangat’ – Keliru Dengan Agama Teman Lelaki, Yazmin Aziz Minta Maaf
Tidak patut dipertontonkan
View this post on Instagram
Kerap kali tayang kemesraan dengan teman lelaki telah mengundang teguran daripada pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed.
Menerusi video di Instagram (IG), PU Syed menegaskan perbuatan Yazmin itu tidak wajar ditayang kepada umum memandangkan dia beragama Islam.
Malaysia tidak pernah sunyi dengan melibatkan isu tentang orang yang dikenali. Terbaharu, saya dapat tahu tentang Yazmin yang menonjolkan kehidupan bersama kekasih bukan Islam.
Ini satu perbuatan yang tidak patut dipertontonkan kepada masyarakat, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh fitnah ini.
Ajak bf masuk Islam
Selain itu, PU Syed mengingatkan pemilik nama Yazmin Aldwin Abdul Aziz untuk berpegang teguh pada landasan syariah. Katanya, kehidupan sebagai umat Islam ada halal dan haram dalam setiap perkara.
Kalau kamu rasa nak bercinta dengan seorang bukan beragama Islam, pastikan ia berlandaskan syariah. Pertamanya mestilah seorang Islam.
Kehidupan sebagai umat Islam ada landasan halal dan haram. Segala yang ditunjukkan di media sosial merupakan perbuatan maksiat seperti berpelukan dan berpakaian tidak senonoh.
Ini semua tidak dibenarkan syarak dan ia boleh menjadi contoh buruk kepada masyarakat.
Dalam pada itu, PU Syed turut berharap agar bekas peserta Big Stage musim keempat itu segera bertaubat dan mengajak kekasihnya memeluk Islam sebelum mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Yazmin meluahkan rasa hairan apabila ramai yang mempersoalkan agama teman lelakinya itu.
Sumber: Instagram @pusyed_official