Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik dan mendisiplinkan anak-anak supaya membesar menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Namun, kebelakangan ini masyarakat sering disajikan dengan berita penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga dan orang terdekat. Malah, ada kes dera yang mengorbankan nyawa.
Artikel Berkaitan: Curiga Murid Pakai Jaket Dalam Kelas, Rupanya Penuh Kesan Cedera & Lebam Didera Bapa
Artikel Berkaitan: Takut Anak ‘Curi-Curi’ Makan Gula-Gula, Mak Ayah Ikat Anak Selama 10 Jam Dalam Bilik
Isu viral
Malah, media sebelum ini melaporkan satu kejadian menyayat hati apabila seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera meminta tolong kerana terperangkap di balkoni. Bukan itu sahaja, pendedahan berani seorang remaja di media sosial baru-baru ini apabila dipukul dengan kejam oleh bapa tiri turut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.
Justeru, episod 9 Sembang Viral yang akan bersiaran jam 10.30 malam ini bakal mengupas isu penderaan kanak-kanak bersama dua tetamu undangan iaitu pelakon, Liza Abdullah dan peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor.
Peranan ibu bapa
Pelakon, Liza Abdullah, mempunyai pendapat sendiri berhubung kes dera yang dibincangkan. Jelas Liza, perilaku dera tidak seharusnya berlaku.
Saya tak boleh terfikir langsung pada saya binatang pun kita sayang apatah lagi anak kalau terjadinya penderaan, manusia yang melakukan itu memang tidak punya hati.
Peguam Nor Zabetha Muhamad Nor pula berkata, ibu bapa atau orang yang lebih dewasa seharusnya melindungi hak kanak-kanak.
Kanak kanak ini dia rapuh, fragile. Boleh ke dia buat laporan polis? mana dia nak tahu.. Dia tidak tahu hak dia dalam keadaan tu, kita ni orang tua undang-undang ada untuk melindungi.
Jelas Nor Zabetha, pelaku tidak boleh dilepaskan kerana perkara tersebut akan berulang kali berlaku sekali gus menyebabkan kanak-kanak terpaksa menanggung derita. Oleh sebab itu, kes penderaan kanak-kanak sangat dipandang serius.
Saksikan episod penuh Sembang Viral episod sembilan malam ini bersama hos, Datuk Rosyam Nor pada 10:30 malam di TV9 dan saluran Astro 149.