berita

Fikry Ibrahim Nekad Beli Kereta Baharu Demi Misi Bantuan Banjir

October 5th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Terkilan tidak dapat meneruskan misi bantuan banjir pada tahun lalu kerana tiada kenderaan yang bersesuaian, pelakon, Fikri Ibrahim nekad membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi menjalankan misi tersebut pada tahun ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Risau Tengok Fenomena Kepala Air Di Lata Berangin, MET Malaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Di Negeri Pantai Timur & Sabah

Artikel Berkaitan: Tak Sesuai Nak Buat PRU15 Waktu Musim Banjir – Khairy Jamaluddin

Mahu bantu ramai mangsa terjejas

Menerusi laporan Berita Harian, Fikry Ibrahim berkata dia berhasrat ingin membantu lebih ramai mangsa terjejas dalam misi bantuan banjir tahun ini. Oleh itu, dia membeli sebuah kereta baharu. Tambah Fikry, dengan adanya kenderaan tersebut, dia mampu sampai ke kawasan banjir dengan segera.

Fikry sempat berkongsi kisah mengenai tahun lalu di mana hasratnya untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir agak terbatas kerana tidak mempunyai kenderaan yang bersesuaian ketika musibah itu melanda di Hulu Langat dan Shah Alam.

Jadi, saya tidak berfikir panjang, sebaliknya segera membeli kenderaan pacuan empat roda, minggu lalu.

Fikry juga terpanggil untuk berkongsi di media sosial tentang misi beliau agar lebih ramai turut serta menghulurkan bantuan dari segi tenaga mahupun wang ringgit bagi membantu mangsa bencana.

Sumbangan dihulurkan daripada duit poket kami tanpa meminta bantuan sesiapa. Ini kerana saya tidak berani memegang amanah terutama membabitkan wang ringgit. Sebenarnya, kegiatan ini sudah lama dilakukan sebelum banjir besar melanda Shah Alam dan Hulu Langat. Sebelum ini, kami memberi tumpuan di kampung, tetapi bantuan dalam skala kecil dan senyap-senyap sahaja.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×