Di TikTok, seorang kanak-kanak tidak dapat menahan sebak ketika menonton video ucapan ulang tahun kelahirannya daripada ayah tersayang. Difahamkan, ayah kanak-kanak tersebut seorang pelaut.
Artikel Berkaitan: Kepala Terhentak Di Lantai, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Jatuh Dari Kerusi Bayi Di Restoran
Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Ebit Lew Jumpa Pak Cik Bawah Jambatan, Hadiahkan Sebiji Rumah
Dia menangis, ibu pun menangis sekali
Dalam video berdurasi 30 saat tersebut, kanak-kanak perempuan bernama Nur Hana Delisha yang menyambut ulang tahunnya yang ke 9 tahun itu menangis kerana tidak dapat menahan kerinduan apabila menerima ucapan ulang tahun dari ayahnya.
Menurut ibunya yang memuat naik video tersebut, oleh kerana wifi di kapal yang terhad, ayah kepada kanak-kanak itu terpaksa menyediakan video tersebut terlebih dahulu sebelum belayar.
Sebelum kapal jalan ayah dah buat video siap-siap sebab wifi kapal limited. Dia menangis, ibu pun menangis sekali. Anak pelaut kena kuat ye kakak.
Pak cik pernah 12 tahun jadi pelaut
Perkongsian ini telah meraih perhatian warganet dengan tontonan sebanyak 151.6k di Tiktok. Menjengah di ruangan komen, warganet tersentuh dan bersimpati melihat video tersebut.
Video
@aida_ilda Sebelum kapal jalan ayah dah buat video siap2 sebab wifi kapal limited. Dia menangis ibu pon nangis sekali? anak pelaut kena kuat ye kakak. #hanadelishaturns9 #seamanlove #seamandaugther #anakpelaut??
Sumber: TikTok