Pelakon dan Youtuber popular, Ria Ricis meluahkan rasa sedih ketika ditemubual dalam sebuah program berkaitan isu bayinya. Menerusi video tersebut, segelintir netizen berpendapat bayinya terlalu kecil dan tidak seperti bayi yang lain.
Artikel Berkaitan: Ria Ricis Selamat Melahirkan Bayi Perempuan, Teuku Ryan Puji Kehebatan Isteri
Artikel Berkaitan: Bayi 8 Bulan Tertelan Pengetip Kuku Ketika Bermain
Bukan jaga berat badan
Menurut Ria, dia mempunyai selera makan yang tinggi dan mengambil makanan berkhasiat semasa mengandung. Wanita berusia 27 tahun itu, sama sekali tidak pernah menghadkan makanannya atau diet demi menjaga tubuh badan apatah lagi sengaja tidak mahu makan ketika sedang hamil. Tambahnya lagi, berat badannya ketika hamil juga meningkat sebanyak 15kg namun berat badan tersebut tidak diserap oleh bayinya.
Rata-rata netizen bersimpati dengan Ria dan mengecam tindakan segelintir individu yang seolah-oleh tidak tahu menghormati kekurangan orang lain.
Kecil bukan masalah
Meskipun berasa amat kesal dengan tanggapan segelintir pihak, namun sokongan penuh yang diberikan oleh suaminya Teuku Ryan telah menguatkan Ria untuk menjadi seorang ibu yang terbaik.
Video
@adekonlineriricouple Luar biasa netizen dengan segala ketikannya. Alhamdulillaah skrg Moana udah tumbuh jdi anak yang gembil lucu pinter ceria seperti Ibunya????? #fyp #fyp? #riaricis #riaricis1795 #babymoana
Sumber: Tiktok