Di Instagram Story, penyanyi, Baby Shima meluahkan rasa tidak puas hati apabila golongan agamawan di negara ini didakwa tidak menegur dan memberi nasihat kepada pendakwah yang didakwa melakukan amang seksual terhadap dua orang remaja lelaki bawah umur sejak bulan Februari dan Julai lalu.
Artikel berkaitan: ‘Makin Ramai Mangsa Berani Ke Depan’ – Caprice Bawa ‘Bukti’ Ke Bukit Aman
Artikel Berkaitan: ‘Ustaz Nak Ajak VC, Tapi Kita Dua Je’ – Lagi Mangsa Pendakwah Selebriti Tampil Dedah Bukti, Kongsi Video?.
Apa hukum amang seksual?
Menerusi posting Baby Shima, pelantun suara ‘Pura-Pura Bujang’ ini dilihat memberi pertanyaan mengenai hukum amang seksual. Di samping itu, Shima turut berharap pencetus ummah (PU) dan ustazah online di negara ini dapat mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut.
Pada masa yang sama, penyanyi dangdut itu sempat menyertakan satu tangkap layar berkenaan gosip seorang artis popular yang dikatakan terpaksa berkahwin kerana sudah terlanjur. Shima berharap pendakwah online dapat mengulas isu terbabit juga dan jangan memilih ketika menegur seseorang.
Baby Shima sebelum ini kerap ditegur oleh golongan agamawan di Malaysia atas beberapa kontroversi panas.
Sumber: Baby Shima