Di Instagram, pelakon, Puteri Sarah meluahkan rasa puas hati dengan penjelasan yang diberikan pegawai penyiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung aduan dibuat terhadap wanita didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof.
Artikel berkaitan: ‘Rasanya Sudah Lama Kes Disiasat, Apa Sudah jadi?’ – Puteri Sarah Tunggu Keputusan Jawi
Artikel berkaitan: ‘Lawan Tetap Lawan! Tak Akan Diam Selagi Yang Bersalah Tak Ditangkap’ – Puteri Sarah
Hadir ke pejabat Jawi
Puteri Sarah dilihat hadir ke pejabat Jawi bagi mendapatkan sendiri penjelasan daripada pihak terbabit. Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia sudah mengetahui segala apa yang berlaku selain jelas dengan segala penerangan diberikan.
Blessed Friday today. Pagi tadi Sarah dah pergi ke JAWI dan dah dengar penjelasan dari IO dan pembantu IO regarding my case. So now dah jelas dan faham but i cannot share with you guys. All i can tell is dalam siasatan sebab ada SOP dan procedures yang banyak dan InshaAllah akan ada good news because good things come to those who wait right.
Allah pun tahu hambanya tak berhenti berjuang, berdoa dan pasti akan ada pelangi lepas ni. InshaAllah Jawi tak akan kecewakan Sarah dan wanita-wanita yang teraniaya di luar sana. Just don’t stop fighting.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, dia sudah jelas kenapa kes itu mengambil masa yang terlau lama. Tambahnya, tarikh perbicaraan kes saman terhadap wanita itu sudah ditetapkan pada 25, 28 dan 29 Ogos tahun depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Sumber: Puteri Sarah