Umum mengetahui, sukarelawan popular ‘Abang Viva’ telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hatinya Evanoza.
Artikel Berkaitan: Abang Viva Selamat Nikah, Kini Sah Bergelar Suami
Artikel Berkaitan: Abang Viva Datang Bantu Mangsa Banjir di Kuala Pilah Hanya Dengan Sekali Ajakan
Terbaru, timbul pula dakwaan di mana ‘Abang Viva’ bernikah tanpa pengetahuan ahli keluarganya. Betul ke?
‘Tahniah’?
Di Facebook, dakwaan tersebut timbul apabila kakak kepada Azwan mengucapkan tahniah kepada adik lelakinya itu. Bukan itu sahaja, kapsyen yang ditulis oleh kakaknya tentang mengabaikan ‘mak, ayah dan keluarga’ turut menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen. Susulan daripada itu, rata-rata netizen mendakwa sukarelawan tersebut berkahwin secara senyap dan tidak memberitahu ahli keluarganya.
Kepada pengantin lelaki. Selamat pengantin baru dan terima kasih kerana abaikan mak ayah dan keluarga. Hanya jauhari mengenal manikam.
Menurut kakak kepada pemuda tersebut, dia turut memohon orang ramai berhenti mengaitkan atau bercakap mengenai hal yang boleh membuatkan ibu bapanya yang sudah tua itu bersedih. Baginya dia mahu kedua orang tuanya itu bahagia di akhir usia.
Cukuplah dengan apa yang dah mak ayah saya tanggung kesan daripada perbuatan mereka. Cukuplah air mata yang telah jatuh ke pipi mak ayah saya yang dah tua. Berhenti kaitkan kami dengan mereka. Jangan tambah derita yang ada. Beri peluang kepada mak ayah saya untuk bahagia di usia senja mereka.
Dalam pada itu, Azwan berkata dia akan melakukan satu sesi ‘live’ malam ini di Facebook bagi menjawab segala spekulasi yang timbul.
Sumber: Facebook