Bagi membantu para pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk serta jenama mereka agar lebih dikenali ramai dengan mudah, REV Media Group (RMG) telah memperkenalkan REV Ad Manager.
Artikel berkaitan: RMG, Dattel Lancar Platform Pengiklanan Layan Diri ‘OHSEM ADS 2022!’
Artikel berkaitan: Bawalz.my Berjaya Gandakan Jualan Dengan REV Ad Manager, Peroleh Jualan RM10k Dalam 2 Minggu!
Artikel berkaitan: Kiddocare Raih Pelanggan Baru Selepas Guna REV Ad Manager, Jualan Meningkat 5 Kali Ganda!
Terbaru, REV Media Group turut memperkenalkan ‘REV ID’, ciri log masuk tunggal yang menggabungkan semua data di website REV kini dikembangkan kepada data Digital Out Of Home (BIGTREE), E-dagang (Wowshop) dan On-ground (Jom Heboh) untuk mencipta penonton tunggal yang unik. Menarik!
Rancang kempen dengan lancar dan mendapat insights yang lebih baik
Kalau korang nak tahu, ‘REV ID’ dapat memberi pengiklan kelebihan untuk mendapatkan insights yang lebih baik dan kempen pemasaran mereka dimana menghubungkan pelbagai data seperti minat kandungan dan data lokasi luar rumah. Bukan itu sahaja, penyepaduan saluran omni selanjutnya membolehkan pengiklan merancang kempen dengan lancar dan mengaktifkan penonton di kedua-dua inventori digital dan inventori Digital Out-Of-Home (“DOOH”) dengan cara yang lebih berkesan.
Sebagai rekod, setiap bulan lebih 13.3 juta rakyat Malaysia unik melayari aset digital REV, jadi ia teknologi terbaik dan akan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna RMG dan pengiklan mereka.
Melihat pertumbuhan dalam DOOH
Dalam acara Exploding Content tahunan anjuran REV baru-baru ini, Pengarah Pemasaran Foodpanda iaitu Bernard Chong berkongsi testimoni mengenai cara mereka memanfaatkan pengikut REV dan cara kempen mereka berjaya dan menyakinkan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi BIG TREE, Stephanie Wong, pada tahun akan datang mereka akan melihat pertumbuhan dalam DOOH, bertukar statik kepada aktif. Ketepatan penonton dalam penyasaran massa mewujudkan komunikasi dan penglibatan sosial.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif REV, Samuel Wee pula, pihaknya teruja untuk menawarkan kepada pengiklan penyelesaian saluran Omni yang lebih baik yang disokong oleh data. REV merancang untuk mengembangkan penawarannya dengan membina data pihak pertama omnichannel yang lebih kukuh dalam kumpulan, dan menggunakan data ini untuk menangani inventori pada DOOH dan banyak lagi yang akan diumumkan.
Jadi korang tunggu apa lagi! Jom layari REV Ad Manager untuk dapatkan info lanjut mengenai pakej pengiklanan ini dan jalankan kempen pengiklanan yang lebih berkesan di media sosial.