Menerusi episod Wanita Hari Ini (WHI) pada hari Jumaat yang lalu, TV3 telah menjemput Ketua Pegawai Eksekutif Dattel, Ashran Dato’ Ghazi dan Senior Perancang Strategik, Rev Media Group, Razaleigh Zain untuk bercakap mengenai suatu acara khas iaitu OHSEM ADS 2022. Acara ini akan membantu semua usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia!
Artikel berkaitan: RMG, Dattel Lancar Platform Pengiklanan Layan Diri ‘OHSEM ADS 2022!’
Artikel berkaitan: Capaian Pengiklanan Kini Lebih Luas & Berkesan Dengan DOOH Dari REV
Artikel berkaitan: Bawalz.my Berjaya Gandakan Jualan Dengan REV Ad Manager, Peroleh Jualan RM10k Dalam 2 Minggu!
Artikel berkaitan: Kiddocare Raih Pelanggan Baru Selepas Guna REV Ad Manager, Jualan Meningkat 5 Kali Ganda!
Apa itu OHSEM ADS 2022 dan tujuannya?
OHSEM ADS merupakan satu acara yang dianjurkan oleh REV Media Group dan Dattel Asia Group khas untuk usawahan PKS / SME bagi mereka pelajari lebih banyak mengenai pengiklanan online berpandukan data dan juga untuk tingkatkan kesedaran mengenai manfaat serta akses membuat iklan online melalui Rangkaian Penerbit Kandungan Premium khususnya REV Media Network. Acara ini akan berlangsung pada 3 November di Mines 2, Seri Kembangan.
Berbicara mengenai kenapa OHSEM ADS memberi tumpuan kepada usahawan PKS, Ketua Pegawai Eksekutif Dattel iaitu Ashran Dato’ Ghazi berkata kebanyakan mereka hanya bermain iklan di media sosial dan Google sahaja. Mereka sebenarnya berminat untuk mengiklan di laman web seperti SAYS, Berita Harian, SirapLimau, dan lain-lain tetapi mereka terhalang atas 3 sebab iaitu tanggapan terlalu mahal, kurang pasti keberkesanan berbanding media sosia dan tidak tahu siapa untuk dihubungi.
Lagi satu, kolaborasi RMG dan Dattel sebenarnya bermula lebih awal lagi, dan OHSEM ADS 2022 adalah satu susulan daripada kolaborasi tersebut. Pada bulan Mac tahun ini, kami melancarkan REV Ads Manager, iaitu satu sistem pengurusan pengiklanan online yang berpandukan data pengguna dan sangat mudah untuk digunakan. Lebih mudah daripada Ads Manager media sosial yang sedia ada. OHSEM ADS menjadi peluang baik untuk kami perkenalkan REV Ads Manager kepada usahawan SME untuk mereka manfaatkan.
Tambah Ashran lagi, usahawan SME yang hadir akan dapat akses akaun REV Ad Manager untuk kegunaan mereka.
Dengan REV Ad Manager mereka boleh menjalankan iklan dengan mudah keraena REV Ad Manager akan kenalpasti laman web REV yang sesuai mengikut pilihan audiens SME. Kami juga akan tawarkan pakej pengiklanan yang OHSEM, serendah RM800 untuk SME. Mereka yang ingin cuba mengiklan di NST, Vocket, SAYS, dll boleh merasai keberkesanannya pada harga yang istimewa, tetapi hanya boleh didapati di OHSEM ADS 2022 sahaja.
3 jenama yang dapat hasil memuaskan
Menurut Razaleigh Zain, Senior Perancang Strategik, Rev Media Group, tiga jenama seperti Crowdfactor X, Bawalz dan Kiddocare telah mendapat hasil yang memuaskan selepas sertai acara tersebut. Ujar Razaleigh, Crowdfactor X telah mendapat 54,000 views untuk acara livestream manakala, Bawalz berjaya meraih RM10,000 sepanjang dua minggu hasil jualan tudung sulam tangan naik berbanding RM7,000 sebulan tanpa iklan REV. Pendaftaran untuk khidmat profesional penjagaan anak iaitu Kiddocare turut naik sebanyak dua kali.
Jadi apa tunggu lagi! Daftar di Ohsemads.my untuk hadir pada 3hb November 2022 ini. Acara ini percuma untuk usahawan SME, tapi korang perlu daftar untuk hadir, dan juga untuk tuntut hadiah percuma bernilai RM750. Semasa pendaftaran, gunakan Kod Baucar REVOHSEM untuk buat tuntutan. Jumpa korang di sana!