Dua lelaki tempatan maut manakala seorang lagi cedera apabila sebuah kren runtuh semasa kerja-kerja pelupusan kren dijalankan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan Perak semalam.
Artikel Berkaitan: Lelaki Tak Jadi Terjun Dari Kren Tingkat 31 Selepas Keluarga Bagi Makan Nasi Berlauk
Artikel Berkaitan: Kandungan Sudah Lebih 6 Bulan, Rancang Beli Barang Bayi Bersama Isteri Pekerja Kilang Tersepit Mesin
Tersepit runtuhan kren
Kejadian malang tersebut difahamkan berlaku semasa ketiga-tiga mangsa sedang melakukan kerja-kerja pemotongan kren gantri untuk dilupuskan.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, runtuhan kren terbabit mengakibatkan kesemua mangsa tersepit dan dua daripadanya dilaporkan maut dalam insiden itu.
Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika pelaksanaan kerja-kerja pemotongan kren untuk dilupuskan. Runtuhan kren itu menyebabkan tiga mangsa berkenaan tersepit. Mangsa yang terkorban ialah Abdul Rajim Hasmki, 33, dan Maiyden Asibin, 29, manakala Mosed Alinid, 34, mengalami kecederaan.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.58 petang berhubung kejadian membabitkan kren industri berat itu dan sepasukan 13 pegawai serta anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba yang tiba di lokasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas serta bantuan kren bagi memudahkan operasi. Mayat dua lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada polis, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Turut difahamkan, operasi menyelamat yang membabitkan pasukan bomba dan anggota polis itu tamat pada jam 10.55 malam tadi.
Sumber: Berita Harian