Umum mengetahui, pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof merupakan calon mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) di bawah Parti Pejuang untuk Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.
Artikel Berkaitan: PRU15: ‘Bergegas Dari Set Penggambaran Ke Penamaan Calon’ – Eizlan Yusof
Artikel Berkaitan: PRU15: Eizlan Yusof & Ahmad Idham Jadi Calon GTA
Sepanjang tempoh berkempen, Eizlan mendedahkan dia sangat memahami kesusahan hidup rakyat memandangkan dia berasal daripada keluarga B40.
Tinggal di rumah serba kekurangan
Menurut Eizlan, dia pernah tinggal di sebuah rumah yang serba kekurangan dimana hanya berbumbungkan atap bocor. Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 51 tahun itu turut memaklumkan dia hanya mempunyai sepasang seluar sekolah yang digunakan daripada tingkatan satu hinggalah tamat pendidikan menengah.
Saya berasal dari keluarga B40, jadi saya faham keperitan hidup dan kita boleh duduk bersembang dengan saya. Saya bersyukur sebab Allah buka banyak pintu sehinggalah ke hari ini menjadi calon Parlimen di Sabak Bernam. Saya adalah orang yang suka bekerja dan bukan hanya bercakap kosong semata-mata. Jika kalah sekali pun, saya akan terus mendesak wakil rakyat supaya menyelesaikan apa sepatutnya selaras dengan tanda pagar #jomkitabuatkerja
Eizlan turut meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan untuk terus berjuang dalam membantu golongan yang sangat memerlukan. Ujar Eizlan lagi, dia pernah dilantik sebagai Pengerusi Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri pada tahun lalu kerana memiliki personaliti yang positif.
Ahmad Idham kata saya paling layak sebab jiwa saya ’tisu’, saya memang ada masalah apabila berdepan dengan orang yang berada dalam kesusahan. Sekiranya diberi mandat di Parlimen Sabak Bernam, saya memberi jaminan untuk menyelesaikan beberapa isu.