Penyanyi, Nabila Razali mendedahkan masih trauma dengan insiden ‘terkucil’ yang dialaminya di satu majlis anugerah suatu ketika dahulu. Nabila yang kini kembali dengan lagu barunya itu menyatakan perasaan gementar hadir sebelum dan selepas persembahan.
Artikel Berkaitan: Kongsi Gambar Kahwin ‘Tipu-Tipu’, Jangkaan Netizen Nabila Razali Nak Keluarkan Lagu Baru Tepat
Artikel Berkaitan: Kongsi Suasana Majlis Perkahwinan Dengan Nama ‘NR & MK’, Nabila Razali Kahwin Senyap-Senyap?
Masih trauma
Ketika ditemui Ohbulan!, Nabila menyatakan trauma yang dihadapi semestinya masih ada di dalam dirinya namun, perasaan itu tidak begitu ketara ketika kejadian ‘terkucil’ berlaku.
Saya memang orangnya yang kuat nervous. Kadang-kadang show biasa pun saya nervous. Tapi saya akui selepas kejadian di sebuah anugerah dahulu, membuatkan saya lagi berhati-hati dan extra nervous masa nak naik ke pentas.
Nabila berkata demikian ketika sidang media Single terbarunya ‘Aku Terluka’ yang diadakan di Pejabat Universal Music, baru-baru ini.
Sertai kelas vokal
Tambah penyanyi ‘Pematah Hati’ itu, dia hanya boleh berusaha dan menghadiri kelas untuk membantu perbaiki vokalnya.
Kritikan orang selalu bermain di fikirkan saya. Macam saya sendiri, kita ada jangkaan. Apa yang kita nak pendengar dengar dan rasa.
Tapi memang tak tipu, gementar itu memang tidak boleh lari. Walaupun telah habis persembahan, masih gementar.
Susulan daripada itu, Nabila menyatakan seorang penyanyi itu mestilah memilih lagu dengan kemampuan vokal tersendiri.