Sebelum ini, penyanyi, Fuad Rahman mendedahkan bahawa dia sudah berpisah dengan isterinya, Siti Zulaiha sekitar Oktober lalu. Bukan itu sahaja, Fuad turut mengakui sedang menjalin hubungan dengan rakan seperjuangannya dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) iaitu Tom.
Artikel berkaitan: ‘Bukan Punca Orang Ketiga’ – Fuad Rahman & Isteri Sudah Bercerai Sebelum Bertanding Di GV9
Artikel berkaitan : Kembali Bertaut Selepas 17 Tahun, Utuh Betul Cinta Fuad Rahman & Tom
Terbaru, Tom berkata anak-anaknya iaitu Putera Adler Iesta dan Putera Evans Ezra selesa dengan kehadiran Fuad.
Panggil bapak
Menurut Tom, anak-anaknya itu memanggil Fuad dengan gelaran bapak dan menyayanginya seperti bapa kandung. Tambah Tom, dia akan pergi ke Singapura untuk bertemu dengan keluarga Fuad bagi mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.
Anak-anak saya sayang dia. Sayang sangat. Iyalah, Fuad ni cucu pun dah ada. Jadi dia pandai ambil hati budak-budak. Kalau saya tak kenal dia, saya tak akan terus sayang dia. Disebabkan saya kenal dia, saya berani untuk kenalkan kepada anak-anak. Lucunya anak saya panggil dia bapak. Memang old school. Dulu panggil uncle. Keluarga kami pun sudah kenal sebab kami pernah bersama suatu ketika dahulu.
Tom turut menegaskan bahawa dia bukan menjadi punca keretakan rumah tangga Fuad dan bekas isterinya sebelum ini.
Sumber: Astro Gempak