Tanggal 14 Disember 2022, genap tiga tahun penyanyi Datuk Nora Ariffin kehilangan anak lelaki kesayangan, Muhammad Syakir Alif Johan yang tiba-tiba rebah ketika berada di rumah.
Artikel Berkaitan: ‘Alif, Mama Tolong Ambil Ye’ – Video Nora Terima Diploma Bagi Pihak Arwah Anak Undang Sebak
Artikel Berkaitan: Permohonan Masuk Universiti Tak Berjaya, Nora Restu Anak Jadi Penyanyi
Artikel Berkaitan: Tak Pernah Paksa Anak ‘Score’ 11A SPM, Nora Harap Ibu Bapa Jangan ‘Pressure’
Sentiasa rindu
Menerusi hantarannya di Instagram, Nora memuat naik video dan gambar kenangan arwah Alif beserta kapsyen yang menyentuh hati warganet.
Genap tiga tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar di ingatan, belum luput dari pandangan. Rindu tidak pernah padam.
Moga anakanda Alif tenang di sana. Mama reda pada Alif.
Dalam perkongsian itu, Nora juga berkongsi dia melawat ke pusara sambil membawa skrol diploma milik arwah anaknya itu.
‘Arwah seorang yang baik’
Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata peminat mengirimkan doa dan kata-kata positif kepada pelantun lagu Secebis Harapan.
Sekadar info, Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 setelah tiba-tiba rebah ketika berada di rumah. Jenazah selamat dikebumikan berdekatan dengan pusara bapanya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram @itsnoraariffin