Pelakon Tash Yong mendedahkan dia terpaksa menanggung derita sihir sejak 20 tahun lalu. Muntah keluar rambut, mata pisau cukur, jarum peniti 31 batang, paku karat dan batu adalah antara perjalanan perit yang ‘ditelan’ oleh pelakon muda itu.
Artikel Berkaitan: Kerap Mimpi Ular Besar & Anak Nangis Meracau Setiap Hari, Bella Astillah Terkena Sihir? – ‘Saya Tak Boleh Maafkan’
Artikel Berkaitan: Pelik Tak Cukup Tidur Tapi Ada Tenaga, Caprice & Isteri Terkena Sihir?
Ujian yang dihadapi
Menurut Tash atau nama sebenar Nur Natasha Shazlia Rosli, sihir yang ditanggung ini dilalui sejak zaman sekolah dan turut diketahui oleh rakan-rakannya. Tambahnya, 2007 adalah tahun paling kritikal dalam menghadapi ujian Allah SWT.
Saya sampai tahap lari dari rumah sebab stress dan tinggal dengan emak tiri di Melaka. Saya juga pernah alami pendarahan alat sulit selama enam bulan tanpa henti.
Kata pelakon Drama Cinta Suraya itu, ibu tirinya turut terkena gangguan sihir ketika menjaganya di Melaka.
Saya tidur dalam keadaan takut disebelah dia (ibu tiri), tiba-tiba muka dia berubah. Satu rumah kena gangguan. Kena tindih itu perkara biasa.
Perkara ini membawa kesan dalam karier seni. Semua benda yang dibuat rasa tak kena.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 32 tahun itu turut ditindih sehingga sukar untuk bernafas kerana seluruh badan dikunci ketika tidur.
Tash juga menyatakan perniagaan kerepeknya tergendala oleh sebab pasukannya juga diganggu sehingga mereka lemah semangat.
Orang yang sama
Dalam pada itu, katanya lagi, kejadian sihir ini dipercayai dihantar daripada orang berdekatan dan bukan orang luar. Dedahnya, dia mengetahui orang yang menghantar sihir tersebut namun dia meletakkan 10 peratus dalam ketidakpastiannya itu.
Enam ustaz ditemui cakap orang sama yang buat saya. Ustaz terbaru yang saya jumpa, rujuk benda ini (sihir) dengan gurunya di luar negara dan beritahu saya dibuat oleh individu sama.
Tidak akan berputus asa, Tash akan terus berjuang dalam ujian ini di samping bersyukur atas segala yang terjadi kerana telah menjadikan dirinya lebih dekat dengan Allah SWT.
Sumber: Harian Metro & Instagram @tash_yong