Minggu kedua Famili Duo menyaksikan pasangan sepupu, Ara Johari dan Shaffiq Erwin merangkul gelaran juara mingguan dan membawa pulang RM10,000. Bertemakan ‘band’, Ara dan Shaffiq membawa lagu ‘Sedang Ingin Bercinta’ nyanyian asal kumpulan Dewa 19 dengan meraih markah sebanyak 69 peratus. Tahniah!
Artikel berkaitan: ‘Jangan Nampak Mak Cik – Mak Cik Sangat Atas Stage’ – Siti Sairah & Saida Janji Berikan Yang Terbaik Setiap Minggu, Teruja Dapat Sokongan Keluarga
Sedang ingin bercinta
Umum mengetahui, program Famili Duo ini diadili oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu sebanyak 80 peratus manakala, 20 peratus lagi merupakan undian atas talian oleh penonton. Menerusi persembahan Ara dan Shaffiq semalam, kedua-dua juri kelihatan terhibur. Menurut Ajai, dia tertarik melihat cara Shaffiq bergelek jika dibandingkan dengan Ara. Secara keseluruhan, persembahan mereka sangat menarik dan layak merangkul gelaran juara mingguan.
Siapa lelaki siapa perempuan. Bercakap pasal vokal, note rendah Ara ada kelemahan. Jadi bila part harmoni tu tak bagi kefahaman maksud. Shaffiq pun banyak juga.
Ujar Mas Idayu pula, Shaffiq perlu menunjukkan karakter lelaki yang ‘strong’ dan sesuai dengan busana yang dipakai. Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat persembahan Ara dan Shaffiq. Menurut netizen, pasangan sepupu ini bijak berfikir mengenai konsep persembahan.
Berdasarkan carta mingguan setakat ini, Ayda Jebat dan Fyna berada di kedudukan yang pertama. Ara dan Shaffiq di kedudukan kedua serta Sissy Iman dan Naim Daniel di tempat ketiga. Sabhi Saddi dan Fareed menduduki tempat keempat manakala, Bella Astillah dan Wani Kayrie di kedudukan yang kelima. Zaki Yamani dan Yamani Abdillah menduduki tangga dua terbawah bersama Siti Saida dan Siti Sairah.
https://www.youtube.com/watch?v=HpePL6RFHuM
Sumber: TV3