Sebelum ini, penyanyi, Bad Indigo memaklumkan sudah menemui pengganti teman hidupnya selepas bercerai dengan rakan seperjuangan dalam Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Ashira Aziz, enam bulan lalu.
Artikel berkaitan: 6 Bulan Menduda, Bad Indigo Bahagia Dah Jumpa Pengganti – ‘Saya Tidak Akan Kongsi Gambar Kecuali..’
Terbaru, Bad dilihat memuat naik foto seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya di akaun Instagram. Lebih mencuri tumpuan, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan turut menyanyikan lagu ‘You Are So Beautiful’ buat wanita tersebut.
Dia wujud tau!
How I wish all these precious people are here with me now. Tapi kesabaran itu indah, Papa/B will wait for all of us to be together. 2023 Family. InsyaAllah. Happy new year! Semoga kita semua dilimpahkan rezeki dan pahala.
Sempena tahun baru, Bad memberitahu dia tidak sabar untuk hidup bersama wanita tersebut. Tambah Bad, dia berharap semoga urusan dan perancangan untuk tahun ini dipermudahkan. Selain memuat naik foto wanita tersebut, Bad turut menyanyikan lagu ‘You Are So Beautiful’ nyanyian asal Joe Cocker. Ujar Bad, lagu itu ditujukan buat wanita yang sedang bertakhta di dalam hatinya.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Bad ‘pelik’ sejak belakangan ini. Menurut netizen, mereka tidak pernah melihat Bad memuat naik foto bersama wanita tersebut di media sosial. Di samping itu, netizen memberi teguran kepada Bad agar tidak menunjuk-nunjuk rasa kasih sayangnya terhadap wanita itu kepada umum. Tambah netizen, alangkah baiknya Bad mengahwini wanita itu secepat yang mungkin daripada meluahkan rasa sayang dengan cara sebegitu.
Dia wujud tau, bukan angan-angan.
Bila nak selfie?
Bagi menjawab dakwaan netizen, Bad berkata wanita itu wujud dan masih mempunyai ibu, ayah, adik beradik dan dirinya. Berbicara mengenai video pula, Bad mengakui nyanyian merupakan cara baginya meluahkan rasa sayang terhadap seseorang.
View this post on Instagram
Sumber: Bad Indigo