Seorang lelaki berdepan perintah reman selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung tindakan menunjukkan kemaluan kepada dua orang wanita ketika menunggang motosikal di Batu 22, Teroi, Yan semalam (Ahad).
Artikel Berkaitan: Lelaki Selamba Bogel Tunggang Motosikal Atas Highway
Artikel Berkaitan: Pekerja Restoran Didakwa Rakam Pelanggan Wanita Dalam Tandas
Tayang Anu
Menurut Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, perintah reman yang dikenakan terhadap suspek bermula hari ini (6 Februari) hingga 9 Februari ini. Tambah Shahnaz, berdasarkan siasatan awal, suspek yang berusia 26 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
Namun siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Dalam kejadian semalam, dua wanita bersaudara berdepan detik cemas apabila terserempak dengan seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa dan anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Keda, Sungai Udang, selepas selesai kursus kulinari di Guar Chempedak.
Sementara itu, suspek berjaya ditahan jam 5.45 petang semalam selepas dijejaki polis sejurus mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.
Sumber: Buletin TV3