Gambar sekadar hiasan
Mahkamah Amerika Syarikat akan menjatuhkan hukuman terhadap seorang wanita pada bulan hadapan yang bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga 25 tahun atas jenayah percubaan membunuh menggunakan kek keju.
Artikel Berkaitan: Ingin Palsukan Kematian, Wanita Tikam ‘Pelanduk Dua Serupa’ Lebih 50 Kali
Artikel Berkaitan: Berang Perbuatan ‘Stalk’ Dilapor Polis, Lelaki Tikam Rakan Sekerja Sampai Mati Dalam Tandas
Nak curi identiti sebab muka serupa
Viktoria Nasyrova (kiri/suspek) dan Olga Tsvyk (kanan, mangsa)
Suspek dan mangsa ternyata memiliki ciri fizikal yang serupa, dimana kedua-duanya mempunyai tona kulit yang sama, berambut gelap dan bertutur dalam bahasa Rusia.
Pada tahun 2016, wanita berkenaan bernama Viktoria Nasyrova membawa kek keju untuk melawat mangsa, Olga Tsvyk di rumahnya. Mangsa didapati sakit dan terus tidak sedarkan diri sejurus memakan kek tersebut. Laporan mendapati bahawa kek keju tersebut mengandungi ubat penenang yang sangat kuat.
Mangsa terselamat namun apabila dia pulang dari hospital dia mendapati dokumen-dokumen pengenalan serta barang-barang berharga telah hilang. Mangsa juga mendakwa ingatan terakhirnya sebelum pengsan adalah dia melihat suspek berjalan-jalan di dalam ruang biliknya.
Suspek berusia 47 tahun itu juga cuba menipu tentang situasi sebenar apabila dia dengan sengaja meletakkan pil bertaburan di sekeliling mangsa seolah-olah mangsa cuba membunuh diri.
Terdahulu, suspek juga pernah dituduh akibat penyalahgunaan dadah dan merompak seorang lelaki yang ditemuinya menerusi laman web temu janji.
Sumber: BBC