Baru sahaja melabuhkan tirai Anugerah Juara Lagu ke-37 menyaksikan Aina Abdul menerusi lagu ‘Terus Hidup’ sebagai juara pada edisi kali ini. Namun bahangnya masih hangat dengan persembahan-persembahan memukau oleh kesemua peserta.
Bagi yang terlepas jom, OhBulan! kongsikan apa yang menarik sepanjang AJL37.
Artikel Berkaitan: #AJL37: Aina Abdul Ungguli AJL37, Ramalan Neelofa Tepat!
Artikel Berkaitan: #AJL37: Nyanyian ‘Smooth’ & Bertenaga, Penonton Mahu Ernie Zakri Menang Vokal Terbaik
Naim Danial nyanyi terbalik
Persembahan Naim Danial paling ‘mindblown’ pada AJL 37 malam tadi, apabila dia membuat gimik persembahan sambil menyanyi tergantung terbalik pada tali yang diikat di kaki. Walau bagaimanapun, persembahan tersebut diatur dan dilakukan secara profesional.
Vokal ‘meletop’
Selain daripada persembahan, tumpuan juga diberikan kepada penyanyi-penyanyi yang mempunyai vokal mantap antaranya Marsha Milan, yang merupakan naib juara dan pemenang persembahan terbaik di AJL 36. Tahun ini Marsha sekali lagi melantunkan ‘high pitch’ yang sempurna menerusi lagu ‘Kembali Terang’.
Penyanyi dan guru vokal, Ernie Zakri juga tidak kurang hebatnya apabila ramai netizen yang mahukan dia memenangi Vokal Terbaik kerana cara penyampaian lagu ‘Korban’ yang diciptanya sangat lunak walaupun vokal tidak terlalu tinggi. Rata-rata netizen juga memuji persembahanya kerana tiada prop yang digunakan tetapi hanya fokus kepada nyanyian.
Aina Abdul membuktikan bukan sahaja lagu yang dijuarainya, malah Vokal Terbaik juga dia ‘tapau’. Dia sememangnya layak kerana vokal padunya membuat semua teruja diawal persembahan hingga akhir. Mantap sekali dinamika persembahan Aina malam tadi!
‘Ladies power’ sangat apabila ketiga-tiga persembahan ini mendapat ‘standing ovation’ daripada penonton di stadium seusai persembahan mereka.
‘Inner ninja’ Joe Flizzow
Antara fesyen yang mendapat perhatian dan kritikan netizen adalah Joe Flizzow yang seolah-olah memakai ‘inner ninja’ semasa melakukan persembahan lagu ‘Satu Malam Di Temasek’ bersama Sonaone. Netizen juga berseloroh Joe Flizzow seperti mahu memesin rumput dengan ‘inner ninja’ tersebut dan harganya pasti akan melambung selepas ini.
Baju awan Aina Abdul
Setiap tahun fesyen Aina Abdul antara yang menjadi tumpuan kerana pemilihan busana yang di luar kotak. Untuk AJL 37 ini, Aina sebagai penyanyi, penulis dan komposer itu sekali lagi ‘all out’ dengan persalinannya yang serba putih dan terlihat gah di atas pentas.
Seramai lebih 8000 penonton yang menyaksikan AJL37 di Statidum Axiata Arena itu juga ‘feel’ dengan lagu Aina apabila ‘salji-salji’ halus jatuh bertebaran dari atas.
Persembahan pembukaan & penutup yang nostalgik
Hos yang pertama kali digandingkan di pentas AJL, Sherry Alhadad dan Jihan Muse, menghangatkan suasana pembukaan tirai pentas dengan menyanyikan sebuah lagu rap yang merangkumi tajuk-tajuk 12 lagu yang dipertandingkan.
Sebelum pentas dibuka, persembahan diserikan dengan barisan penyanyi bekas pemenang dan finalis Anugerah Juara Lagu terdahulu seperti Azlan & Typewriter, Wany Hasrita, De Fam, Kaka, Syamel, Waris, Tuju dan Loka B. Lagu-lagu yang dibawakan mereka adalah antara lagu-lagu yang pernah ke final AJL sebelum ini.
Persembahan penutup tirai mengimbau kembali ‘vibe’ nostalgia dengan nyanyian oleh kumpulan Blues Gang, Exists dan Kugiran Masdo sehingga penonton pun bersama-sama ‘sing along’ dengan semua lagu-lagu yang didendangkan mereka.
Anugerah yang cukup berprestij ini menyaksikan juara Aina Abdul (Terus Hidup), naib juara Joe Flizzow & Sonaone (Satu Malam di Temasek), tempat ketiga Alif Satar & The Locos (Anugerah Terindah), vokal terbaik Aina Abdul (Terus Hidup), persembahan terbaik Shiha Zikir (Irama) dan Khai Bahar (Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa). Tahniah diucapkan kepada pemenang!