Di Facebook, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menjadi mangsa gangguan seksual apabila menerima kata-kata lucah tentang pemakaiannya ketika melawat kawasan banjir di Bukit Tinggi, Pahang.
Artikel berkaitan: Covid-19: Tak Henti Beri Bantuan Barangan Keperluan Kepada Penduduk, ADUN Wanita Ini Dipuji
Sedap tengok dia basah
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, seorang lelaki telah memberitahu dia suka melihat Young Syefura basah tatkala waktu hujan. Lebih teruk, lelaki berkenaan dipercayai mengeluarkan kata-kata berunsur lucah. Berikutan daripada itu, Young Syefura meluahkan rasa hairan apabila gambar sedemikian boleh mengundang kata-kata lucah seperti itu.
Pakai macam ni pun kena komen lucah.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan komen tersebut dan menyarankan ahli Parlimen itu untuk membuat laporan polis.
Terdahulu, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii turut berada di dalam foto tersebut. Ujar Young Syefura, mereka telah mengadakan tinjauan di jalan lama Kuala Lumpur – Bentong FT68 Sec43.4 ekoran daripada kejadian banjir yang berlaku tempoh hari.
Kami menerima taklimat daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia berkaitan dengan keadaan semasa tanah di sekitar jalan runtuh tersebut. Sewaktu kami melakukan lawatan tapak, hujan turun dengan lebat dan pihak Kementerian serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dapat melihat sendiri keadaan di tempat kejadian ketika hujan.
Sewaktu pulang daripada lawatan tapak, satu banjir kilat berlaku berdekatan dengan Restoran 126, Bukit Tinggi. Saya telah menghubungi JD JPS dan meminta pihak JPS segera menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.
Sumber: Young Syefura