Sekadar gambar hiasan
Gara-gara cemburu, seorang lelaki tergamak membunuh isterinya sebelum bertindak menanam mayat mangsa di tepi pantai di Kabupaten Sumenep, Indonesia.
Bunuh, tanam isteri tepi pantai
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Surabaya Kompas, rumah tangga pasangan ini sememangnya sudah dilanda badai sejak beberapa bulan lalu angkara orang ketiga. Mereka juga dikatakan sering berbalah namun keadaan menjadi semakin tegang apabila si isteri memberitahu si suami bahawa dia ingin ke Bali bersama kekasih gelapnya. Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan suspek berasa tergugat dengan statusnya sebagai sebagai seorang suami.
Suspek yang berang kemudian nekad membunuh mangsa menggunakan senjata tajam sebelum bertindak menanam mayat mangsa di kawasan pantai. Namun segala-galanya terbongkar seminggu kemudian iaitu selepas keluarga mangsa membuat laporan polis tentang kehilangan mangsa.
Susulan daripada laporan tersebut, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut yang akhirnya membawa kepada penahanan suspek. Semasa soal siasat, suspek mengaku membunuh isterinya dan selepas pengakuan dibuat, pihak polis mula menggali kawasan mangsa ditanam.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke pihak forensik untuk tujuan bedah siasat. Menurut sumber, jika disabitkan kesalahan, suspek bakal berdepan hukuman penjara selama 15 tahun.
Sumber: Surabaya Kompas