Pelakon Kilafairy menawarkan ganjaran sebanyak RM2,000 kepada sesiapa sahaja yang menjumpai kucing peliharaannya yang hilang sejak 27 Februari lalu.
Artikel Berkaitan: Ditegur Nampak Bentuk Badan, Kilafairy Tampil Beri Respon – ‘Awak Tuhan Ke?’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Keluarkan Kenyataan Mengatakan Teman Lelaki Ingin Melamar’ – Kilafairy
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Reaksi Spontan Bapa Kilafairy Bila Diberitahu Mahu Berhijab Sepenuhnya
Tolong kembalikan
Menerusi hantaran di laman Instagram (IG), Kila atau nama penuhnya Syakila Nisa Jahangir Khan memaklumkan bahawa kucing peliharaannya yang hilang itu berusia 10 tahun dan diberi nama Kovu.
Difahamkan, kucing tersebut berwarna kelabu serta berkacukan British Shorthair dan R. Blue yang hilang di kawasan Subang Jaya.
Kepada yang mengambil anak saya, tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak mahukan kucing berwarna kelabu, saya boleh bagi awak seekor tapi tolong tolong tolong kembalikan Kovu saya.
Tolong check sekeliling, kucing jiran. Kovu sudah hilang sejak 27 Februari, sekitar 9 pagi.
Pelakon drama ‘Tumpang Lalu Bang’ itu juga turut sertakan nombor untuk dihubungi jika sesiapa yang terlihat kucing berwarna kelabu atau Kovu itu sendiri di mana-mana.
Susulan daripada itu, Kila menyediakan ganjaran dalam bentuk wang ringgit sebanyak RM2,000 untuk individu yang menemukan kucing peliharaannya, Kovu.
Sumber: Instagram @kilafairyofficial