Gambar sekadar hiasan
Jarang-jarang sekali berlaku apabila dua orang wanita berkahwin dengan seorang lelaki pada majlis yang sama, namun perkara ini terjadi kepada seorang lelaki berusia 25 tahun yang berkahwin serentak dengan dua teman wanitanya.
Artikel Berkaitan: ‘Sayang Kamu Dunia Akhirat’- Adira Suhaimi Tayang Kemesraan Pimpin Tangan Madu
Artikel Berkaitan: ‘Okay Je 1,2,3 & 4’- Isteri Fitri Haris Benarkan Suami Kahwin Lagi?
Lelaki yang bertanggungjawab
Cinta tiga segi antara seorang lelaki di negeri Telangana, India bersama dua orang teman wanitanya mendapat perhatian media di sana apabila mereka berkahwin pada majlis yang sama selepas tiga tahun menyulam cinta.
Lelaki itu juga dilaporkan sudah memiliki anak bersama kedua-dua teman wanitanya sebelum mereka berkahwin lagi.
Sebelum itu, kedua-dua belah keluarga pengantin perempuan saling bertelagah tentang perkahwinan tersebut. Namun lelaki itu mencuba sedaya upaya untuk menyakinkan keluarga mereka bahawa dia akan bertanggungjawab dengan mengahwini kedua-dua kekasihnya itu.
Bahkan dia juga mencetak kad jemputan perkahwinan mereka dengan meletakkan kedua-dua nama pengantin perempuan.
Difahamkan majlis perkahwinan tersebut berlangsung lebih awal kerana terdapat banyak khabar angin tentang perhubungan mereka bertiga. Susulan itu, keluarga setiap pihak mempercepatkan perkahwinan anak-anak mereka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Times Now