Pelakon jelita, Mira Filzah menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 pada 2 April lalu.
Artikel Berkaitan: Sukar Percaya Orang Luar, Mira Filzah Lebih Rela Jaga Anak Sendiri 24 Jam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mira Filzah Sedia Kongsi Populariti Dengan Anak
Ucapan istimewa Wan Emir
Bersempena dengan hari yang cukup bermakna itu, suami kepada Mira, Wan Emir Astar menitipkan sebuah ucapan istimewa buat isteri tercinta.
Menerusi hantaran di Instargram, Wan Emir menyifatkan Mira sebagai seorang isteri yang solehah selain melahirkan rasa syukur kerana menjadi seorang ibu yang luar biasa kepada anak mereka, Wan Khai Amir.
Kesayanganku Nur Amirah Filzah, kekasihku dunia dan akhirat. Alhamdulillah hari ini bertambah satu tahun usia awak, satu tahun yang lebih baik. Setahun yang lalu merupakan tahun yang indah dalam hidup awak.
Awak bukan sahaja seorang isteri yang solehah, tetapi seorang ibu yang luar biasa kepada anak kesayangan kita. Malah awak juga telah mencapai mimpi awak bersama @mirafilzah.my, (jenama tudung), awak perlu tahu yang saya sentiasa bersama awak, mendoakan, memberi semangat dan setiap langkah bersama awak.
Berterima kasih pada ibu ayah Mira
Sementara itu, pada hantaran sama, Wan Emir turut meluahkan rasa syukur kepada Tuhan kerana usia isterinya itu masih dipanjangkan.
Dalam masa sama, Wan Emir yang juga anak kepada ahli politik itu turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada ibu dan bapa pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman kerana melahirkannya.
Setiap hari yang berlalu, saya titipkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Sang Maha Pencipta, kerana pada hari ini, pada ulangtahun kelahiranmu, kekasihku masih dipanjangkan umur dan bergerak selangkah bersama kehadapan hingga ke hari tua, di dunia di sini, tetapi untuk membina istana Syurga, amin.
Apa pun, awak tiada di sini jika tanpa mak dan abah kesayangan awak, kerana tanpa kasih sayang mereka dalam membesarkan awak, saya tidak akan dapat berdiri di sebelah awak hari ini. Terima kasih mak dan abah untuk kasih sayang yang tidak pernah habis kepada angah (gelaran Mira).
Untuk info, Mira dan Wan Emir selamat bergelar suami isteri pada 3 September 2020 dan pada Januari 2022 pula, aktres tersebut selamat melahirkan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.
Sumber : Instagram Wan Emir