Gara-gara tertinggal bantal busuk di sebuah homestay ketika bercuti, seorang wanita sanggup meminta suaminya untuk patah balik semata-mata untuk ambil semula bantal busuk kesayangannya itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Muka Tak Bersalah’ – Netizen Terhibur Azal Lepas Kentut Ketika Momen Sedih
Artikel Berkaitan: Ibu Bapa ‘Sporting’ Buat Iklan Cari Menantu Ketika Hadir Majlis Konvokesyen Anak
Suami tebal muka ambil dari pekerja homestay
Menerusi video dimuat naik seorang pengguna TikTok, dapat dilihat suaminya perlu menebalkan muka untuk mengambil semula bantal busuk isterinya yang tertinggal dari seorang pekerja di homestay berkenaan.
Bila kau dah jadi bini orang tapi masih ada bantal busuk. Time ni datang balik homestay sebab bantal busuk tertinggal.
Menurutnya lagi, situasi bertambah kelakar apabil pekerja homestay tersebut menyangka bantal busuk tersebut merupakan kepunyaan kanak-kanak.
Sampai akak tu bagitahu kat husband “nasib anak saya tak ada pakai ni”. Mesti akak tu fikir bantal busuk tu budak-budak punya tapi dia tak tahu rupanya bini dia sendiri yang punya
@missvirgo_ Begitulah ceritanya? #fyp #foryoupage #tiktokmalaysia #tiktoksarawak #comedia ? Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD
Reaksi netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat video yang dikongsikan pengguna TikTok serta ada yang berkongsi kisah yang hampir sama.
Sumber: TikTok