Penyanyi terkenal negara, Datuk Jamal Abdillah kini sedang menantikan kelahiran cahaya matanya yang keempat bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tiru Jamal Abdillah, Yaki Zamani Cuit Hati Netizen – ‘Suka Usik Ayah Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pernah Lambak Wang Kemenangan Dekat Arwah Mak, Netizen Cakap Zaki & Yamani Ikut Perangai Jamal Abdillah
Atas nasihat doktor
Memetik laporan Berita Harian, Raja Pop itu mengesahkan bahawa kelahiran cahaya matanya yang keempat itu bakal menjadi kelahiran yang terakhir bagi mereka selepas doktor menasihatkan agar isterinya untuk tidak hamil lagi.
Alhamdulillah, kami sudah ada empat, cukuplah. Doktor pun memberi nasihat dan tidak membenarkan isterinya hamil sebab anak dilahirkan secara pembedahan termasuk anak keempat ini.
Bagaimanapun, saya bersyukur kesihatan bayi perempuan dalam kandungan isteri berada dalam keadaan baik.
Dalam pada itu, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali berkata, dia juga perlu menunggu sekurang-sekurangnya sehingga 14 April nanti untuk menyambut kelahiran cahaya matanya itu meskipun merancang untuk melahirkannya pada 1 April yang lalu.
Aidilfitri ini saya sekeluarga akan menyambut bersama cahaya mata baharu dijangka lahir secara pembedahan pada 14 April ini.
Jika diikutkan, saya mahu tarikh 1 April untuk isteri melahirkannya. Ini kerana sempena ulang tahun perkahwinan ke-6.
Tetapi, doktor maklumkan tarikh ini tidak sesuai dan memberikan tarikh 14 April ini.
Untuk info, usia perkahwinan Datuk Jamal Abdillah dan Datin Zai Izzati Khiruddin kini sedang memasuki tahun yang keenam selepas mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.
Sumber: Berita Harian