Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin mendedahkan bahawa dirinya tidak gentar sekiranya disaman malah tegas tidak akan membayar ganti rugi berjumlah RM400,000 selepas didakwa telah memecahkan pasu milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Tak Seksi & Tak Berbogel, Tak Ada Isu Pun..Itu Hanya Sekadar Seni’ – Aliff Syukri
Bukan gimik tetapi kejadian nyata
Memetik laporan Berita Harian, pelakon berusia 39 tahun itu mendedahkan bahawa insiden yang tular itu bukanlah satu gimik ataupun kontroversi murahan sebaliknya, ia merupakan kejadian yang benar.
Difahamkan, insiden tersebut berlaku ketika Yana sedang mengacarakan satu program terbitan Astro sekitar dua minggu yang lalu.
Apa yang berlaku bukan lakonan atau kontroversi murahan seperti sangkaan ramai, sebaliknya insiden pergaduhan ini memang berlaku.
Saya dan suami, Fadzil Zahari tak sangka video ini tular selepas dua minggu insiden berlalu. Kami terkejut kerana percaya produser, Alif Farhan sudah menyelesaikan isu ini dengan Aliff memandangkan kejadian berlaku ketika rakaman.
Produser beritahu akan bertanggungjawab dan menyelesaikannya. Namun, sebaliknya video pergaduhan tular dan Aliff menuntut saya membayar ganti rugi bernilai RM400,000, jika tidak berdepan tindakan saman. Jujurnya, saya tidak gentar dengan gertakan Aliff. Kerana prinsip saya, berani kerana benar.
Aliff minta pegang pasu dan barang berharga
Menceritakan hal yang sebenar, Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin mendakwa bahawa ketika dia ingin menjalankan tugas sebagai pengacara dengan menemubual Aliff, usahawan berkenaan memintanya untuk memegang pasu serta beberapa barangan berharga yang lain namun, ditolaknya.
Ketika itulah Aliff mula menunjukkan barangan rumah termasuk set pinggan mangkuk jenama dan pasu mahal dimiliki. Pasu terletak dalam almari dan memiliki sijil, jadi saya memang tahu pasu ini barangan berharga dan takkan berani menyentuhnya.
Aliff memegang pasu dan tunjuk kepada saya. Dia suruh saya pegang pasu, tetapi saya tak nak sentuh. Masa nak berikan pasu, saya tak sambut. Ketika itulah pasu terlepas daripada genggamannya dan terjatuh.
Saya pelik kenapa barangan berharga nak suruh saya sentuh. Saya takut. Jadi, tuduhan saya pecahkan pasu seperti tidak masuk akal, sedangkan saya tak sentuh pun.
Aliff marah sebab saya tak sambut pasu. Dia yang hempas pasu, saya pula dipersalahkan.
Yana turut mendedahkan punca sebenar suaminya, Fadzil Zahari mengamuk adalah disebabkan kata-kata yang menghina dikeluarkan usahawan berkenaan kepada mereka.
Dia mula membebel dan mengeluarkan perkataan menghina. Itu yang membuatkan Fadzil hilang sabar dan mula bergaduh dengannya. Memang kejadian Fadzil bergaduh dengannya benar-benar berlaku, bukan lakonan.
Dalam video yang tular, saya memang agak kebingungan sebab terkejut. Saya juga cuba menenangkan keadaan dan suami pula ‘naik angin’.
Ramai mempertikaikan wajah saya tidak seperti orang dalam ketakutan. Kenapa nak takut, sedangkan saya tak pecahkan pasu.
Tak gentar disaman
Dalam pada itu, Yana begitu tegas dengan menyatakan bahawa dia sama sekali tidak gentar sekiranya dia dan suami disaman pihak Aliff.
Ketika kejadian, rakaman sedang berlangsung. Jadi, sudah tentu video rakaman jadi bukti saya tidak bersalah dan tidak memecahkan pasu.
Jika Aliff nak saman, saya tak kisah. Saya takkan bayar ganti rugi RM400,000 sebab terang-terangan bukan saya yang menghempaskan pasu. Dalam rakaman kita boleh nampak Aliff seperti sengaja melepaskan pasu, jadi kenapa saya harus dipersalahkan?
Yana turut mendedahkan bahawa dirinya mengalami sedikit kecederaan akibat daripada pertengkaran tersebut.
Terdahulu, video pergaduhan melibatkan suami kepada Yana, Fadzil dan Aliff Syukri tular dan menjadi perbualan hebat wargamaya. Ada yang mendakwa bahawa video yang tular itu merupakan gimik dilakukan pihak produksi untuk menjayakan rancangan mereka.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Berita Harian, Instagram