Di Instagram, pelakon, Zulin Aziz dilihat berkongsi beberapa kata-kata positif selepas dia didakwa sudah bercerai dengan suami, Farhan.
Artikel berkaitan: Padam Foto Suami Di IG, Zulin Aziz Muat Naik Kapsyen ‘Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami, Tiada Persefahaman’
Artikel berkaitan: ‘Semoga Allah Jaga Rapat Aib Kami’ – Zulin Aziz Enggan Dedah Punca Berpisah Dengan Suami?
Artikel berkaitan: ‘Mental Saya Dah Koyak, Orang Gila Je Buat Hal Ini Gurauan’ – Zulin Aziz Nafi Berita Bercerai Gimik!
Ada berkah dan hikmah
Menerusi posting yang pertama, Zulin dipercayai ingin memberitahu setiap kebahagiaan sudah pasti mempunyai masalah. Namun, di dalam setiap masalah tersebut sudah pastinya ada berkah dan hikmah yang tersimpan.
Tambah Zulin, dia berharap Allah mempermudahkan urusannya untuk melalui fasa getir dalam perkahwinan. Ujar Zulin lagi, dia yakin bahawa orang yang sabar akan memperoleh penghujung yang indah kelak.
Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. InshaAllah, masa merawat semuanya. Thank you for everything. Take care.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Zulin turut memadam semua gambar suaminya di Instagram. Hanya gambar akad nikah mereka beserta kapsyen penjelasan sahaja yang dapat dilihat buat masa ini.
Sumber: Zulin Aziz