Di Instagram, pelakon, Zulin Aziz seolah memberi bayangan mengenai status terkini rumah tangganya. Berdasarkan posting yang dimuat naik, Zulin dipercayai sudah berbaik semula dengan suaminya, Farhan.
Artikel berkaitan: ‘Moga Allah Mudahkan Zulin Melalui Fasa Getir Dalam Perkahwinan’
Artikel berkaitan: Padam Foto Suami Di IG, Zulin Aziz Muat Naik Kapsyen ‘Mungkin Sampai Sini Saja Kisah Kami, Tiada Persefahaman’
Artikel berkaitan: ‘Semoga Allah Jaga Rapat Aib Kami’ – Zulin Aziz Enggan Dedah Punca Berpisah Dengan Suami?
Artikel berkaitan: ‘Mental Saya Dah Koyak, Orang Gila Je Buat Hal Ini Gurauan’ – Zulin Aziz Nafi Berita Bercerai Gimik!
Berkat doa semua
Menurut Zulin, berkat doa daripada semua orang hubungannya dengan suami kembali pulih.
Kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ni. Kita bagi peluang dan ruang. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah. Alhamdulillah.
Berbicara mengenai posting sebelum ini, Zulin berkata ada sebab dia berbuat begitu. Tambahnya, ada suatu perkara telah berlaku pada masa tersebut. Hanya orang yang tertentu sahaja mengetahui mengenai hal itu.
Alhamdulillah asbab dan hikmah disebalik itu. Kerana hanya saya saja yg tahu kenapa posting itu dibuat dan saya berterima kasih kerananya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis meluahkan rasa gembira apabila mendegar khabar baik tersebut.
Sumber: Zulin Aziz