Sekitar seminggu yang lalu, pelakon, Shahronizam Noor meluahkan rasa kesalnya terhadap Persatuan Seniman serta segelintir rakan artis yang lain yang dikatakan tidak bertanya khabar susulan kejadian jari kelingkingnya yang terputus.
Artikel Berkaitan: Sedih Tiada Lagi Jari Kelingking, Shahronizam Reda Ujian Bulan Ramadan
Artikel Berkaitan: Jari Kelingking Putus, Shahronizam Terkilan Persatuan & Rakan Artis Tak Tanya Khabar -‘Yang Ada Azhan Rani…’
Zed Zaidi akui terlepas pandang
Terbaru, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengakui silapnya yang terlepas pandang mengenai perkara ini dan memohon maaf atas apa yang telah berlaku.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil memaklumkan bahawa dia berjanji akan menjadi lebih peka untuk menghubungi atau mengirim mesej kepada penggiat seni yang ditimpa musibah serta cuba untuk menghulur bantuan secara fizikal kepada mereka selepas ini.
Sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), saya mohon maaf kepada pelakon Shahronizam Noor kerana terlepas pandang untuk menghubungi dan mengirim mesej kepadanya, sekali gus bertanya khabar mengenai kemalangan dialami baru-baru ini.
Sebagai Presiden Persatuan, saya sedar perlu juga ambil maklum dari segi memberi sokongan moral kepada penggiat seni ketika ditimpa musibah seperti kemalangan untuk menghubungi atau mengirim mesej kepada mereka sebagai bertanya khabar secara peribadi.
Ia penting untuk merapatkan ukhwah dan juga silaturahim antara kita dalam keadaan mencabar pada masa kini. Terus-terang, saya juga tidak sangka sudah membuatkan abang Shahronizam rasa terkilan dan kecewa.
Dalam pada itu, Zed mendedahkan bahawa pihak Seniman ada menghubungi Shahronizam sejurus selepas insiden itu untuk mendapatkan maklumat mengenai Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Saya bukan tak ambil tahu langsung, cuma ketika itu saya hanya mewakilkan seorang AJK daripada Seniman untuk mendapatkan maklumat Perkeso abang Shahronizam untuk tindakan selanjutnya. Tapi, saya difahamkan dia tidak membuat caruman.
Malah, kemalangan yang menimpanya di rumah itu berlaku di luar waktu bekerja. Apapun, saya menerima teguran yang diberikannya (Shahronizam) dengan baik dan positif untuk saya memperbaiki kekurangan diri.
Tambah Zed lagi, kini pihak Senimah sedang gigih memperkuatkan lagi usaha untuk mengumpul dana persatuan bagi membantu penggiat seni yang berdepan dengan masalah.
Terdahulu, Shahronizam dilaporkan kehilangan jari kelingkingnya selepas pisau potong ayam yang digunakannya terlepas daripada pegangannya pada bulan Ramadan yang lalu.
Shahronizam kemudiannya dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut dan menjalani pembedahan. Jelasnya, doktor memaklumkan jarinya yang putus itu terkena urat besar dan sekiranya disambung akan merosakkan urat berkenaan.
Sumber: Harian Metro