Kehidupan mewah Kim Kardashian sering kali menjadi inspirasi buat semua masyarakat di luar sana yang turut ingin menikmati kehidupan sebegitu rupa.
Sungguhpun begitu, selebriti berpengaruh dunia ini mendedahkan bahawa sangat mencabar untuk membesarkan empat orang anak sendirian.
Artikel Berkaitan: Kim Kardashian Terima Nafkah Anak RM890,000 Sebulan
Pernah menangis di malam hari
Memetik laporan BBC, Kim mendedahkan bahawa membesarkan empat orang anaknya merupakan ‘kerjaya’ yang paling mencabar jika hendak dibandingkan dengan kerjayanya yang lain.
Ramai yang kata apabila membesarkan anak, hari-hari itu akan terasa sangat panjang dan tahun itu akan terasa begitu pendek. Saya sangat setuju dengan kenyataan itu lebih-lebih lagi apabila perlu membesarkan anak yang masih kecil.
Ia sebuah cabaran yang sangat besar namun cukup berharga.
Bukan itu sahaja, Kim juga mendedahkan bahawa dia pernah menangis di malam hari dek kerana terlalu ‘penat’ membesarkan anak-anaknya.
Ada masanya saya menangis sebelum tidur. Ada masa juga kita tidak bersedia dengan apa yang akan dilalui tapi anda akan mencari jalan bagaimana menyelesaikannya. Pada akhirnya ia akan membuat kita bangga kerana berjaya melalui hari yang sukar (membesarkan anak).
Kim turut mendedahkan bahawa meskipun ia merupakan satu ‘kerjaya’ yang sangat susah, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjaga kesemua anak-anaknya itu.
Untuk info, Kim dan Kayne West berkahwin pada 24 Mei 2014 sebelum memilih untuk berpisah pada Mac 2022 yang lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.
Sumber: CNN