Malang tidak berbau buat seorang lelaki apabila maut dirempuh sebuah kereta selepas membantu beberapa ekor anak itik untuk melintas jalan.
Artikel Berkaitan: Jalan Raya Sesak, Pemandu ‘Anxiety’ Tiba-Tiba Berhenti Kereta Tengah Jalan
Kereta hilang kawalan sebelum rempuh mangsa
Memetik laporan BBC, mangsa, Casey Rivara, 41, keluar dari kenderaannya bertujuan untuk membantu sekumpulan itik yang ingin melintas jalan.
Namun begitu sejurus selepas berjaya membantu itik-itik tersebut, Casey kemudiannya dilanggar oleh seorang remaja yang memandu sebuah kereta di Rocklin, 40 kilometer di timur laut Sacramento.
Lelaki itu dilaporkan membantu sekawanan itik untuk melintas jalan.
Ketika dia berdiri di persimpangan, sebuah kereta yang dipandu seorang remaja hilang kawalan dan merempuhnya.
Dalam pada itu, seorang lelaki dikenali sebagai Summer Peterson mendakwa anaknya menjadi saksi kepada kejadian itu.
Anak-anak saya berkata, ‘Oh, comelnya. Lelaki itu sangat baik.’ Dan kemudian secara tiba-tiba dia dilanggar oleh sebuah kereta.
Dia meninggal dunia selepas melakukan kebaikan, jelas membuktikan hati budinya yang mulia.
Walau bagaimanapun, masih tiada sebarang tangkapan dibuat pihak polis di Brooklyn setakat ini.
Sumber: BBC