Gambar sekadar hiasan
Seorang remaja 13 tahun dilaporkan maut selepas melakukan cabaran ‘chroming’ yang tular di aplikasi TikTok.
Artikel Berkaitan: Dera Monyet Sampai Mati, Moderator TikTok Bakal Didakwa
Artikel Berkaitan: Enggan Rujuk, Influencer Mati Dibakar Hidup-Hidup Oleh Bekas Suami Ketika Live TikTok
Sedut bahan kimia
Gambar sekadar hiasan
Esra Haynes merupakan seorang pelajar di salah sebuah sekolah di Melbourne, Australia telah mengalami serangan jantung dan kerosakan otak selepas dia melakukan cabaran di TikTok yang semakin popular iaitu ‘chroming’.
Kejadian berlaku pada 31 Mac lalu semasa dia berada di rumah kawannya dan dia bertindak melakukan cabaran itu dengan menyedut bahan kimia berbahaya daripada tin deodoran.
Susulan itu, remaja tersebut dikejarkan ke hospital dan memerlukan alat bantuan pernafasan selepas dia tidak memberi sebarang respon ketika ditemui.
Namun, lapan hari kemudian keluarganya memutuskan untuk mematikan alat bantuan pernafasan tersebut setelah doktor mendapati otaknya tidak dapat berfungsi lagi.
Susulan trend yang membimbangkan itu, Jabatan Pendidikan Victoria mempercepatkan usaha untuk memberikan maklumat kepada pelajar sekolah tentang bahaya ‘chroming’ berikutan terdapat banyak kes berhubung cabaran itu sebelum ini.
Untuk info, sejak tahun 2019, dua remaja lelaki dan seorang remaja perempuan turut maut akibat melakukan cabaran yang sama.
Sumber: News.com.au