Tular baru-baru ini sebuah rakaman yang memaparkan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) sedang mengalih sendiri motosikal yang menghalang laluan pejalan kaki untuk orang buta iaitu ‘tactile’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Paling Rindu Nak Tengok Wajah Suami’ – Wanita Buta Selepas Kemalangan Kekal Positif & Beri Inspirasi
Artikel Berkaitan: ‘Sekiranya Saya Atau Isteri Tiada Di Dunia..’ – Dr Say Menangis Ketika Ambil Kad OKU Anak
Gigih alihkan
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok, isteri kepada lelaki tersebut sedang menunggu suaminya di salah sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT).
Ketika lelaki OKU tersebut sedang berjalan menuju ke kereta, kelihatan dia dihalangi dengan sebuah motosikal di laluan ‘tactile’ lalu dengan gigih dia mengalihkan motosikal tersebut.
Nak ambil suami tadi di salah satu stesen MRT, gigih dia alih motor yang halang laluan ‘tactile’.
Tujuan video itu dimuat naik adalah untuk memberi kesedaran terhadap orang ramai terhadap pentingnya laluan ‘tactile’ tersebut bagi OKU yang mempunyai masalah penglihatan kerana ia merupakan panduan supaya mereka dapat berjalan dengan selamat.
Kita akan terus kongsi kesedaran laluan ‘tactile’/ hak OKU ya. Saya sentiasa sokong awak dan saya bangga dengan awak.
Ayuh semua sediakan laluan ‘tactile’ yang selamat untuk OKU penglihatan.
Netizen baru tahu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai warganet yang baru mengetahui tentang fungsi laluan ‘tactile’ yang direka khas untuk OKU penglihatan itu dan mereka juga berterima kasih terhadap pasangan tersebut kerana memberi kesedaran pada orang ramai agar lebih peka.
@mrranggapnnadia Kita akan terus kongsi berkaitan kesedaran tentang laluan tactile / hak OKU ya. I sentiasa sokong U ???? Proud of U sayang! Ayuh semua ???? sediakan laluan tactile yang selamat untuk OKU penglihatan ???? #mrranggapnnadia #raiseawarenessfortheblind #janganhalanglaluantactile #fyp #relationshipgoals #inspiredawesomelife
Sumber: TikTok