Sebuah video menyayat hati namun sungguh berinspirasi berkenaan dengan perkongsian seorang wanita yang hilang deria penglihatan selepas kemalangan. Video tersebut telah meraih perhatian warganet di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nak Bawa Adik Beli Mainan, Budak 6 Tahun Pandu Kereta Hingga Terbabas
Artikel Berkaitan: Pasangan Guru Maut, Motor Dinaiki Rempuh Lori Buat Pusingan U
Keadaan selepas kemalangan
Menerusi hantaran tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Mashy menceritakan tentang keadaannya selepas ditimpa kemalangan kira-kira hampir dua bulan yang lalu.
Bercerita lanjut, wanita tersebut mendedahkan bahawa impak paling besar yang terjadi kepada dirinya selepas kemalangan itu adalah dia kini menjadi buta.
Yang paling besar sekali berlaku selepas kemalangan adalah saya hilang deria penglihatan. Bahasa lembutnya saya tidak lagi boleh melihat, bahasa kasarnya Alhamdulillah saya telah direzekikan merasai pengalaman menjadi seorang orang kelainan upaya, buta.
Berdasarkan pengkongsiannya, walaupun dia hilang deria penglihatan namun deria-derianya yang lain kini menjadi lebih sensitif.
Menjadi seorang yang tidak mempunyai deria penglihatan ini, menjadikan deria yang lain lebih sensatif.
Bila kita tak nampak kita kurang menilai orang. Saya bertanya kepada Allah, ‘adakah kerana ujian penglihatan ini adalah untuk saya masuk syurga, kalau ya saya redha.
Tapi saya rasa seronok apabila saya tidak merasakan pantasnya waktu berlalu. Saya tak tahu siang atau malam.
Rindu wajah suami
Gambar sekadar hiasan
Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa sedih kerana kehilangan deria penglihatan yang memberi kesan terhadap emosinya apabila dia tidak lagi dapat melihat wajah-wajah orang yang disayangi.
Apa yang saya paling rindui bila saya dah tak dapat melihat lagi adalah saya paling rindu nak tengok wajah suami saya. Sebab setiap pagi sebelum ini.. saya buka mata dan saya mencari-cari muka suami saya tapi sekarang tak ada peluang itu lagi untuk tengok. Tapi saya percaya, suatu hari nanti saya akan dapat tengok balik wajah suami saya dengan izin Allah. Kalau bukan dekat sini, dekat sana nanti inysaAllah.
Saya juga rindu nak tengok muka mak, saya rindu nak tengok muka team saya, saya rindu nak menatap mata mereka. Saya juga rindu nak tengok hasil kerja saya dan kreativiti saya dalam pemasaran digital.
Walau bagaimanapun, sepanjang perkongsiannya wanita ini tidak mengalirkan air mata malah tetap tersenyum. Menurutnya, mahu mengambil dugaan ini sebagai sebuah inspirasi serta ingin memberikan manfaat kepada orang lain.
Harapan saya kepada semua yang mengikuti saya, jangan rasa cabaran yang berlaku dalam kehidupan kita ini adalah sebuah noktah. Pada saya ia adalah satu permulaan baharu.
Saya berjanji, walaupun deria penglihatan dah berkurang namun itu tidak akan kurangkan manfaat yang saya akan berikan kepada orang lain.
@nmaircondjb Masih ada beberapa rakan tertanya-tanya keadaan aku sekarang ? nak lagi best? ada yang tertinggal kereta api tak tahu hujung pangkal apa yang berlaku, yang menyebabkan aku join kelab Orang Kelainan Upaya. so here’s my story Mashy Usahanita Aircond Kebangsaan NM Aircond Sdn. Bhd.
Sumber: TikTok