Pelakon, Aedy Ashraf mendedahkan dia ada memasang impian untuk berlakon dalam filem biopik yang mengisahkan tentang tokoh tanah air.
Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Takut Ada Manusia Busuk Hati Dengan Kejayaannya -‘Niat Saya Bantu Keluarga & Kawan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Sanggup Terbang Ke Perancis, Netizen Pesan Jangan Biar Amelia Henderson Menunggu – ‘Sweetnya, Kahwin Please!’
Watak KJ
Mengakui watak sedemikian adalah sukar, Aedy berkata, disebabkan itu dia mahu mencabar dirinya selain ingin keluar dari zon selesa.
Saya idamkan untuk bawa watak biopik yang mana saya perlu memainkan watak yang benar-benar hidup.
Saya rasa itu antara satu cabaran juga dan agak susah untuk dibawakan. Jika sebelum ini, watak yang saya lakonkan semua berbentuk fiksyen dan dicipta oleh pengarah.
Sebagai contoh Farid Kamil yang membawakan watak Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia sangat mencabar.
Aedy berkata demikian ketika ditemui pada majlis Penjemaan Semula Fam’ Fries yang diadakan di sekitar ibu kota, baru-baru ini.
Sementara itu, disoal tokoh manakah yang menjadi pilihan, Aedy berkata dia mengimpikan untuk melakonkan watak Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin.
Saya teringin untuk jadi KJ, saya amat meminati beliau. Saya suka akan karisma yang ada padanya. KJ sangat solid sebagai seorang lelaki.
Walaupun ia mungkin tidak akan terjadi, namun ia salah satu cita-cita saya.
Dalam pada itu, aktor berusia 29 tahun itu turut berkongsi mengenai cita-citanya untuk bergelar seorang sutradara dan menghasilkan naskhah arahannya sendiri suatu hari nanti.
Saya akan kekal dalam industri dan berhasrat untuk menjadi pengarah suatu hari nanti. Saya juga sedang berjinak-jinak dan belajar ke arah itu.
Insya-Allah doakan pada masa hadapan saya dapat arahkan satu filem. Saya telah mempersiapkan diri ke arah itu juga.
Malah saya juga telah mengarahkan beberapa projek bersama rakan-rakan saya sebelum ini termasuk brand saya Challo.