Setiap individu pasti memiliki impian masing-masing yang ingin dikecapi dalam hidup.
Begitulah kisah seorang lelaki yang sanggup menduduki peperiksaan beberapa kali hanya untuk merealisasikan impiannya sebagai seorang graduan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gadis Terkedu Dihina Pelanggan Sebab Kerja Di Stesen Minyak – ‘Belajar Tak Pandai Lah Tu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Terkejut Juga’ – Gelagat Graduan Tunjuk Gigi Rongak Buat Satu Dewan Berdekah Gelak!
27 kali
Menerusi laporan China Daily, seorang lelaki yang dikenali sebagai Liang Shi, 56, menduduki peperiksaan untuk kemasukan ke universiti sebanyak 27 kali namun tidak pernah berputus asa dalam mencapai impiannya.
Anak kelahiran Sichuan itu mengambil peperiksaan kolej pertamanya pada tahun 1983 tetapi gagal. Shi mencuba lagi selepas dua tahun dan masih tidak berjaya.
Pada tahun 1986, Shi dipujuk ibu bapanya untuk melanjutkan pelajaran di sekolah teknik namun ianya hanya bertahan selama setahun.
Shi mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 dan bekerja di sebuah kilang kayu.
Dalam pada itu, Shi masih berusaha dalam mengambil peperiksaan untuk kemasukan ke kolej dan akhirnya berjaya mendapat tempat di Universiti Perhutanan Nanjing. Walau bagaimanapun, Shi menolak tawaran tersebut kerana ianya bukan pilihan utamanya.
Demi menampung keluarganya, Shi membuka kilang bahan binaan dan memperoleh satu juta yuan (RM646,824) dalam masa kurang setahun. Sebelum itu, Shi hanya bekerja sebagai seorang jurujual seperti pakaian, peti sejuk, televisyen dan perkakas lain.
Sumber: China Daily