Beberapa hari yang lalu tularnya satu video memaparkan beberapa orang guru hadir ke rumah seorang muridnya untuk menyerahkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)nya yang cemerlang selepas meraih 11A.
Difahamkan, pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Syahril Saidi, 18 itu tidak dapat hadir ke sekolah kerana menjaga ibunya yang terlantar sakit di rumah.
Artikel Berkaitan: Ayah Meninggal Sebulan Sebelum SPM, Gadis Berjaya Raih 9A & Anugerah Pelajar Terbaik
Ibu meninggal dunia
Terbaru, ibu kepada Syahril, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 8 malam pada Sabtu.
Menurut Penghulu Mukim Kandis, Razali Yasod, dia yang mendapat tahu mengenai berita kematian itu sekitar Maghrib semalam terus bergegas ke rumah pelajar cemerlang SPM berkenaan yang terletak di Kampung Kandis.
Difahamkan jenazah akan disolatkan di sini sebelum dikebumikan di Kampung Padang Lati, iaitu kampung asal arwah.
Ketika ini saya masih berada di rumah Syahril untuk membantu dengan ahli keluarga lain.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai kisah Syahril yang meraih keputusan cemerlang selepas berjaya memperoleh keputusan semua A dalam SPM pada Khamis lalu.
Lebih menyayat hati apabila pihak sekolahnya sendiri yang menyerahkan keputusan SPM itu dengan hadir ke rumahnya kerana ketidakhadiran Syahril yang menjaga ibunya yang sakit kerana angin Ahmar.
Video yang tular
@ibnusina_mhhi Pelajar terbaik SPM 2022, SMU (A) Darul Iman, Beris Lalang, memperolah straight A’s (11A). Seorang anak yatim yang sentiasa memuliakan ibunya yang sedang menghadapi sakit saraf sejak 4 tahun lalu. Setiap pagi anak ini akan menguruskan ibunya sebelum ke sekolah. Semoga berjaga dunia dan akhirat. Ameen.. p/s : Ralat – ibunya bukan menghidap sakit kanser, tp terlantar akibat sakit saraf (updated on 2.00pm, 9/6/2023) #SPM2022 #11A #MotivationalStory ? Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama
Sumber: Harian Metro, TikTok