Minggu lalu, kecoh di laman sosial mengenai berita tentang seorang bekas pemain bola sepak pasukan kebangsaan yang didakwa telah memukul dan mengasari kekasihnya sehingga menjadi bualan ramai.
Artikel Berkaitan: Pemain Bola Sepak Didakwa Pukul, Cekik & Campak Teman Wanita Ke Lantai?
Artikel Berkaitan: Kekasih Pemain Bola Sepak Dedah Bukan Mangsa Pertama Dipukul, Masih Trauma & Badan Menggigil
Kekasih yang dikenali sebagai Dr Hana Rose mendakwa telah menjadi mangsa keganasan teman lelakinya, Rizal Ghazali dalam satu insiden di sebuah hotel terletak di Petaling Jaya, Selangor pada 7 Jun lalu.
Rizal sudah lari
Terbaharu, Hana menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories (IG Story) miliknya berkata, dia tidak dapat menggambarkan bagaimana perasaannya ketika ini. Jelasnya, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui.
Malah, dia yang telah pulang ke kediamannya di Sabah yang dipercayai tempat tinggalnya bersama Rizal mendakwa, pemain bola itu sudah pun mengambil barang miliknya dan melarikan diri.
Seminggu. Jangan tanya keadaan saya bagaimana, hanya di atas (Allah) sahaja yang tahu.
Bagaimanapun saya sudah selamat sampai di Kota Kinabalu. Berat betul rasa hati mahu masuk rumah, sangat berat.
Dan rumah sudah menjadi kosong. Dia sudah membawa pergi barang-barang dia dan lari begitu saja.
Bekas tunang
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran di entri sama, Hana mendakwa Rizal pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita sebelum hadir dalam hidupnya beberapa tahun lalu.
Terima kasih, satu demi satu Tuhan buka mata saya, jawapan demi jawapan. Saya menangis hari ini bukan kerana kehilangan Jai (Rizal).
Tetapi hati wanita lain yang saya sakiti, ternyata ‘dia’ (Rizal) sudah ada tunang sejak tiga tahun dengan seorang wanita dan dia tinggalkan begitu sahaja setelah bersama saya, Allahu.
Jujur saya terima kasih kepada beberapa bekas kekasih dia yang bagi saya semangat untuk kuat, tanpa mereka saya luluh.
Dalam pada itu, Hana sempat mengingatkan pemain bola itu untuk hadir ke mahkamah pada Isnin depan bagi menyelesaikan isu yang berlaku.
Jumpa awak di mahkamah pada isnin.
Terdahulu, Hana yang mengaku kekasih kepada Rizal Ghazali telah memuat naik beberapa gambar dirinya yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dengan mendakwa dikasari teman lelakinya itu.
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat kesan lebam akibat dipukul pemain bola berkenaan.
Difahamkan kejadian tersebut berpunca selepas berlaku pergaduhan antara mereka berdua.
Sumber mengatakan pemain terbabit sering mengasari Hana dan disebabkan tidak tahan dengan perbuatan tersebut, wanita itu akhirnya nekad mendedahkan kepada umum.
Sumber: Instagram