Setelah tiga tahun mencari rezeki dan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia dahulu, pelawak Vicha akhirnya berkesempatan pulang ke negara kelahirannya, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Rumah Rasa Sunyi Sepi, Vicha Terpaksa Berpisah Dengan Anak-Anak
Artikel Berkaitan: ‘Thank You Daddy, Sayang Anak-Anak I Macam Anak Sendiri’ – Vicha
Kejutan buat anak-anak
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman membuat kejutan kepada anak-anaknya dengan kehadirannya dipercayai di rumah adiknya.
Vicha dilihat sebak ketika melepaskan rindu dengan berpelukan bersama tiga orang anak perempuannya.
Alhamdulillah, setelah tiga tahun lebih akhirnya boleh berjumpa dengan anak-anak lagi.
Jujur ketika datang ke rumah, saya mahu menangis tetapi saya tahan kerana tidak mahu bersedih ketika berjumpa anak-anak. Alhamdulillah terima kasih Allah.
Sekadar info, anak-anak perempuan Vicha itu adalah hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas suami sebelum dia kembali mendirikan rumah tangga dengan lelaki dari Nigeria dan dikurniakan seorang anak lelaki.
@vichabarbie alhamdulillah setelah 3 tahun lebih akhirnya bisa ketemu anak2 lagi ? jujur waktu dateng itu udah pengen nangis tapi aku tahan karena gak mau sedih2an ketemu anak2 alhamdulillah thank u allah ? #fyp #masukberanda #myfamilly #Bandung
Sumber: TikTok