Nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara perubahan wajah dan mata.
Artikel Berkaitan: PRU15: Ahmad Zahid Diasak Letak Jawatan Parti, Nurulhidayah Pilih Untuk Kekal Tenang – ‘Semua Sudah Menjadi Ketetapan Allah ..’
Lazy eye
Menjelaskan situasi sebenar, anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah menjelaskan bapanya mengalami penyakit lazy eye (Ambliopia) atau kerosakan saraf optik.
Kata Nurulhidayah, Zahid perlu menjalani pembedahan sebelum menyebabkan kecacatan penglihatan.
Anak saya, Louie memang ikut mata datuk. Saraf mata dia memang perlukan pembedahan tapi nanti la sebab dia masih nampak lagi.
Grandpa (datuk) sampai dah mengganggu penglihatan dan menjadi keperluan untuk melakukan pembedahan. Bila berumur saraf makin kendur dan memudaratkan penglihatan.
Apa yg jadi lucu pun tak tahu la. Dalam keluarga semua ambil keputusan diamkan diri. Saya lain. Saya lebih terbuka kepada penjelasan. Bukan kita buat salah. Kita buat perkara untuk kebaikan.
Dalam pada itu, Nurulhidayah menyatakan Zahid memikul tanggungjawab yang besar untuk negara justeru beliau perlu cepat kembali sihat.
Bagi saya abah (Zahid) perlu lakukan sesuatu sebelum memudaratkan diri dia. Sebagai pemimpin dia banyak tugasan dan tanggungjawab. Ia amanah Allah. Tak boleh buat suka-suka.
Alhamdulillah Allah beri ilham untuk saya tampil beri penjelasan secara tidak langsung di ruangan komen. Orang boleh buat cerita, cipta berita, caci maki dan menghina.
Bagi saya berbekalkan sedikit pengajaran perjalanan Haji, sebagai hamba Allah, apa sahaja tuduhan manusia tak penting. Kita perlu elok perangai dan akhlak untuk Allah sayang kita, jaga kita, lindung kita. Itu paling utama.
Sebelum ini, Zahid mencuri tumpuan apabila tampil memakai cermin mata hitam pada Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 di Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram