Foto: Chinapress
Seorang wanita yang merupakan ibu kepada dua anak dilaporkan maut selepas menjalani pembedahan membesarkan payudara.
Artikel Berkaitan: Tak Puas Hati Dengan Saiz Punggung, Wanita Maut Selepas Jalani Prosedur
Pakar tidak bertauliah
Foto: Sinchew
Memetik laporan Berita Harian, wanita yang dikenali sebagai Chen, 29, didakwa melakukan pembedahan tersebut bersama pakar kecantikan yang tidak bertauliah di sebuah rumah dua tingkat di Skudai.
Difahamkan, mangsa disahkan meninggal dunia pada 2 Ogos lalu selepas dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi yang didakwa berpunca daripada suntikan pembesaran payudara asid hyaluronik.
Pada awalnya, mangsa merancang untuk menjalani suntikan ‘menarik benang’ muka mikro untuk menjadikan kulitnya lebih tegang namun, ‘pakar kecantikan’ itu memujuk mangsa untuk menjalani suntikan pembesaran payudara.
Suami mangsa yang dikenali sebagai Wong, 35, mendakwa mangsa kemudiannya mengalami sakit dada selepas melakukan proses suntikan itu.
Keesokan harinya (30 Julai), isteri saya masih sangat tidak sihat. Dia kemudiannya pergi ke klinik berhampiran untuk konsultasi pada waktu tengah hari bersama seorang rakan. Selepas berunding, doktor membuat kesimpulan bahawa sakitnya itu disebabkan oleh ubat bius yang berlebihan.
Sekitar jam 7 malam, keadaannya masih belum pulih. Lukanya masih sakit dan tidak selesa. Dia segera ke hospital swasta berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Isteri saya terus dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi 2 Ogos selepas mengadu tidak boleh berjalan lagi. Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 7 pagi.
Mangsa meninggalkan dua cahaya mata lelaki berusia sembilan dan 12 tahun.
Sementara itu, pihak polis memaklumkan bahawa pihak mereka bakal mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini tidak lama lagi.
Dapat perhatian doktor
View this post on Instagram
Dalam pada itu, berita kematian tragis Chen ini juga mendapat perhatian Doktor Perubatan Estetik yang juga merupakan pempengaruh, Dr Lim Ing Kien.
Menerusi hantaran dimuat naiknya di Instagram, Dr Ing Kien berkata, proses tersebut berbahaya malah tidak pernah mendapat kelulusan dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Apa-apa suntikan dalam badan perlukan pengetahuan perubatan. Untuk kes wanita ini, rawatan dibuat di rumah dan bukan di klinik. Berhati-hati semasa mendapatkan rawatan pastikan ia dibuat oleh doktor yang bertauliah, lakukan kajian sebelum membuat keputusan lakukan sebarang prosedur.
Sumber: Berita Harian, Instagram