Foto: Harian Metro
Seorang pelakon didakwa hidup dalam kepura-puraan apabila dikatakan berperangai ‘fake’ dan sering menayang kemewahan kepada orang ramai.
Artikel Berkaitan: Raffi Ahmad Mengaku Bosan Hidup Terlalu Kaya
Ukur baju di badan sendiri
Terbaru, memetik laporan Boom, rumah mewah pelakon itu dikatakan sudah dilelong dengan harga jutaan ringgit.
Tapi alhamdulillah, rumah dilelong tu pun dah terjual. Walaupun tak dapat jual harga yang dicadang, sekurang-kurangnya boleh la tutup mana-mana lubang yang ternganga.
Selain itu, pelakon itu juga didakwa sanggup meminjam duit kawan demi untuk mengadakan majlis ulang tahun kelahiran anak. Semata-mata nak nampak class!
Awak, class di dunia hanya sementara. Berubahlah sementara sempat lagi. Bukan apa takut nanti kain carik tak boleh nak cantum lagi!
Sumber: Boom