Pelakon antarabangsa, Sandra Bullock bakal mengadakan upacara melepaskan abu mayat kekasihnya, Agustus Bryan Randall di sebuah pulau peranginan yang mewah sebagai tanda memperingati cinta hatinya itu.
Artikel Berkaitan: Sekian Lama Menyepikan Diri, Gigi Kuning Johnny Depp Jadi Perhatian Peminat
‘Tempat itu terlalu istimewa’
Memetik laporan DailyMail, pemenang Oscar berusia 59 tahun itu memilih Pulau Harbour kerana tempat tersebut mempunyai pelbagai kenangan manis bersama mendiang kekasihnya itu.
Tempat itu begitu istimewa bagi mereka kedua dan di situlah mereka mencipta pelabagai momen dan memori bahagia bersama dengan anak-anak serta teman rapat mereka.
Di situ jugalah tempat di mana mereka akan tinggal selama berminggu-minggu dan disebabkan itulah tempat itu dipilih Sandra.
Sebelum ini, tular beberapa foto memaparkan Sandra dan Augustus bercuti bersama di pulau mewah tersebut.
Dalam pada itu, wakil daripada pihak pengurusan mayat iaitu Hollywood Forever Cemetery difahamkan telah mengirimkan abu mayat suaminya itu di apartment miliknya di Los Angeles.
Sekadar info, Augustus telah melamar pelakon filem Speed itu di pantai mewah berkenaan bersaksikan oleh ahli keluarga dan rakan terdekat pada Disember 2017.
Difahamkan, Sandra dan Bryan mula berkenalan dengan lelaki berusia 67 tahun itu ketika mendiang menjadi jurugambar di sebuah majlis hari jadi rakan kepada Sandra.
Sehinggalah ada 5 Ogos lalu, Sandra, memaklumkan berita kematian Augustus yang meninggal dunia akibat penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.
Sumber: DailyMail