Seorang akrobat wanita cedera parah selepas terjatuh dari ketinggian hampir 9 meter semasa melakukan aksi trapeze dalam pertunjukan sarkas di Barnaul, wilayah Altai Krai, Rusia pada 31 Ogos lalu.
Akrobat jatuh ketika beraksi, cedera di kepala
Video insiden tesebut yang tular di media sosial itu menyaksikan mangsa yang dikenali sebagai Maria Smetanova, 23, sedang melakukan aksi dengan cara tergantung secara terbalik sambil kakinya disangkut pada palang.
Apa yang mencemaskan apabila kaki Maria tiba-tiba terlepas daripada palang terbabit sebelum dia terjatuh ke tanah. Difahamkan, persembahan tersebut dilangsungkan tanpa sebarang jaring keselamatan di bahagian bawah tapak aksi berkenaan.
Hasil pemeriksaan mangsa mengalami keretakan pada tengkorak kepalanya, mengalami gegaran otak dan patah tangan.
Video
Russian Circus performer nose-dives 30 feet during trapeze act, terrifying fall to ground caught on video
Maria Smetanova, 23, is in critical condtion. pic.twitter.com/Q4jnzNsRaP
— Joseph Morris (@JosephMorrisYT) September 1, 2023
Sumber: New York Post, Josseph Morris